Dua Treler Terbabit Kemalangan, Dua Lelaki Maut

Dua Treler Lelaki Maut

Dua Treler Terbabit Kemalangan, Dua Lelaki Maut

IPOH, 16 Ogos (Bernama) — Dua lelaki maut apabila sebuah treler muatan simen dan sebuah treler muatan tembikai, terbabit dalam kemalangan di kilometer 317.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara antara Gopeng dan Tapah, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak Sayani Saidon berkata kemalangan yang turut melibatkan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda itu juga, menyebabkan seorang lagi mangsa cedera.

BACA JUGA: Treler Terbabas & Langgar Konkrit Penghadang Jalan, Kelindan Dilapor Maut

“Kemalangan tiga kenderaan itu menyebabkan pemandu treler muatan tembikai, seorang lelaki Melayu tersepit dan maut di tempat kejadian.

“Pemandu treler muatan simen juga seorang lelaki Melayu turut disahkan maut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sayani berkata pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger iaitu seorang wanita, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tapah.

Sumber: BERNAMA

The post Dua Treler Terbabit Kemalangan, Dua Lelaki Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*