Dua Wanita Antara Tiga Ditahan Dalam Operasi Di Sebuah Makmal Proses Ubat Tiruan – Bukit Aman

wanita ubat tiruan

Dua Wanita Antara Tiga Ditahan Dalam Operasi Di Sebuah Makmal Proses Ubat Tiruan – Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Dua wanita dan seorang lelaki ditahan dalam operasi ke atas sebuah makmal memproses ubat-ubatan tiruan di Taiping, Perak, Selasa lepas.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata hasil pemeriksaan menemui peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan yang disyaki tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Semua peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan tersebut yang dianggarkan berjumlah RM6.4 juta dirampas dan kes disiasat di bawah Peraturan 7(1)(A) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1982,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi berkenaan dilaksanakan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) serta KKM.

Noorsiah berkata sepanjang 2022, WCB/PSK telah melaksanakan dua serbuan dengan nilai rampasan berjumlah RM3.4 juta dan bagi tempoh 1 Jan hingga hari ini, sebanyak lapan serbuan telah dilaksanakan dengan nilai rampasan berjumlah RM12.8 juta.

Beliau berkata PDRM khususnya JKDNKA komited membantu kementerian serta agensi kerajaan dalam menangani pelbagai isu ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat.

“Operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa yang lain akan diteruskan dari semasa ke semasa. Penglibatan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat amat digalakkan agar jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Wanita Cemas, Temui Ular Tedung Di Celah Pinggan Mangkuk

The post Dua Wanita Antara Tiga Ditahan Dalam Operasi Di Sebuah Makmal Proses Ubat Tiruan – Bukit Aman appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*