Dunia Miniatur Dibina Dari 1.38 Juta Lego Jadi Tarikan Baru LEGOLAND® Malaysia Resort

Pengunjung boleh berinteraksi dengan 126 model LEGO baru yang dibina secara teliti mengikut skala dari mercu tanda ikonik Malaysia.

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2023 – LEGOLAND® Malaysia Resort memperkenalkan tarikan terbaru, MINILAND Amazing Malaysia yang dibina dengan lebih daripada 1.38 juta LEGO® Bricks. MINILAND Amazing Malaysia dibina berdasarkan warisan sejarah yang dijadikan lokasi pelancongan di Malaysia.

Dilancarkan pada September 2023, MINILAND Amazing Malaysia menjemput pengunjung untuk memulakan perjalanan yang memukau melalui 126 model LEGO yang dibina secara teliti. Model ini dibahagikan mengikut zon Timur, Barat, dan Laut China Selatan merangkumi binaan LEGO seluas 381 meter persegi.

MINILAND Amazing Malaysia menyediakan platform untuk memaparkan kepelbagaian budaya, landskap menakjubkan, dan mercu tanda ikonik negara. Melalui penciptaan LEGO yang teliti ini, pengunjung akan terinspirasi untuk kembali ke Malaysia, menjelajahi keajaiban sebenar yang mereka temui dalam bentuk mini.

Batu Cave di MINILAND Amazing Malaysia

Pengunjung boleh melihat mercu tanda paling terkenal di Malaysia dalam bentuk LEGO, termasuk kota A’Famosa, Jonker Walk, Batu Cave dan banyak lagi. MINILAND Amazing Malaysia bukan hanya satu keindahan visual; ia adalah destinasi pendidikan yang bakal memupuk rasa ingin tahu dan penghargaan terhadap warisan negara.

Pengunjung akan dibawa meneroka ke pelosok Malaysia di dunia miniatur ini. Dengan menekan butang, mereka boleh menonton pertunjukan Wayang Kulit dengan pentas yang epik dan melodi tradisional, merasai kemeriahan perlumbaan Bot Penambang di Sungai Sarawak yang sibuk, dan menyaksikan bandar ikonik Melaka dihiasi dengan lampu berkelip serta muzik yang menghidupkan.

CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort, berkongsi kegembiraannya, “Di LEGOLAND Malaysia, pendidikan dan hiburan berganding bahu. MINILAND Amazing Malaysia dicipta dengan DNA LEGO pembelajaran melalui permainan dalam minda.”

Jelasnya, pengunjung dapat melihat penciptaan LEGO yang rumit selain menyertai cabaran pembinaan bersama keluarga mereka.

“Diharapkan pengunjung akan merasa keajaiban Malaysia dengan lawatan segera ke LEGOLAND Malaysia ini, membangkitkan hasrat untuk pengembaraan lebih dalam Malaysia, dan pada gilirannya, meningkatkan industri pelancongan negara.”

Penciptaan MINILAND Amazing Malaysia adalah hasil cinta, melibatkan lebih daripada 14,000 jam masa pembinaan. Setiap monumen LEGO telah difikirkan dengan teliti dan dibina di Malaysia, hasil tangan mahir Pembina Model LEGO Malaysia. Ia mempamerkan mercu tanda ikonik negara ini dan menjadi satu penghormatan kepada kebijaksanaan tempatan dan keaslian dalam setiap penciptaan.

MINILAND Amazing Malaysia dijangka menjadi tarikan ikonik yang membawa Malaysia ke seluruh dunia dan menjemput dunia untuk merasai keajaiban Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai MINILAND Amazing Malaysia, sila layari laman web rasmi atau halaman media sosial LEGOLAND Malaysia di Facebook dan Instagram.

The post Dunia Miniatur Dibina Dari 1.38 Juta Lego Jadi Tarikan Baru LEGOLAND® Malaysia Resort appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*