Tarif Air Baharu Di Perak Diumum Mac Depan – MB 

Tarif air perak

Tarif Air Baharu Di Perak Diumum Mac Depan – MB 

IPOH, 1 Feb (Bernama) — Pelarasan tarif air baharu untuk pengguna domestik di Perak akan diumum pada Mac depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata pihaknya akan bermesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak (LAP) pada 1 Mac dan dibawa ke mesyuarat exco kerajaan negeri untuk kelulusan.

“Kita akan umumkan selepas keputusan dibuat pada mesyuarat exco berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pemantapan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Saarani turut memberi jaminan kenaikan tarif air tidak akan membebankan pengguna kerana kerajaan negeri dan LAP telah mengambil kira pelbagai aspek mengenai rasional tertentu.

“Sudah tentu ada kenaikan sebab paling akhir kita punya kenaikan kalau tak silap pada 2006. Bermakna kalau kita tidak ambil peluang ini, kita kena tunggu pula kerana (kelulusan air) hanya diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

BACA: Apa Yang Dibayar Dalam Bil Air? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum ini, media melaporkan pelarasan tarif air akan dilaksana di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa pada 1 Feb yang menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Menurut SPAN, pelarasan itu juga berdasarkan keperluan dan permintaan kerajaan negeri namun Persekutuan melalui suruhanjaya berkenaan akan memantau secara dekat bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan air dilaksana selaras dengan kenaikan tarif.

Berdasarkan semakan di laman rasmi Lembaga Air Perak, tarif air yang dikenakan kepada pengguna domestik di Perak ketika ini ialah RM0.30 bagi penggunaan sifar hingga 10 meter padu (m³), RM0.70 (11-20m³) dan RM1.03 (lebih 20m³).

Sumber: BERNAMA

The post Tarif Air Baharu Di Perak Diumum Mac Depan – MB  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*