Ed Sheeran Bakal Adakan Konsert Jelajah Di Malaysia Pada Februari 2024

Ed Sheeran Bakal Anjurkan Konsert Jelajah '+ − = ÷ ×' Di Kuala Lumpur Pada Februari 2024

Ed Sheeran Bakal Adakan Konsert Jelajah ‘+ − = ÷ ×’ Di Malaysia Pada Februari 2024

Penyanyi asal United Kingdom, Ed Sheeran bakal membawa konsert jelajahnya ‘+ − = ÷ ×’ atau ED The Mathematics Tour ke beberapa buah negara Asia, termasuk Malaysia.

Konsert tersebut dijadualkan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 24 Februari 2024.

Menerusi hantaran poster konsert berkenaan, seorang lagi penyanyi, Calum Scott juga akan dibawa sebagai penyanyi jemputan dalam konsert berkenaan.

Acara yang bakal menggegarkan Kuala Lumpur ini dipercayai dibawa khas oleh pihak United Oberseas Bank (UOB) serta dipromosi oleh AEG Presents dan PR Worldwide.

Manakala, susun atur konsert jelajah yang bakal diadakan di ibu negara Malaysia ini telah dilakukan pihak One Fiinix Liv.

Tarikh jualan tiket konsert ‘+ − = ÷ ×’ Di Kuala Lumpur telah diumumkan

BACA: Netflix Sah Naik Harga Pakej, Di Tiga Negara Buat Masa Ini

Kehadiran penyanyi lagu hit Shape of You (2017) ini sudah semestinya telah lama dinantikan oleh para peminatnya di Malaysia.

Oleh itu, pihak penganjur telah mengumumkan tarikh dan masa jualan tiket bagi konsert yang dinanti-nantikan peminat Ed Sheeran selama ini.

Bagi pemegang kad kredit UOB, sesi prajualan akan bermula pada Rabu, 25 Oktober bermula 10 pagi sehingga Jumaat, 27 Oktober pada 9.59 pagi.

Manakala, jualan tiket secara umum pula akan bermula pada Jumaat, 27 Oktober dari 12 tengah hari.

Urusan pembelian tiket akan dijalankan menerusi laman web GoLive Asia.  GoLive Asia difahamkan merupakan pihak bertauliah dalam menawarkan servis jualan tiket untuk kebanyakan konsert di Malaysia.

Menerusi poster konsert berkenaan, tiket diakui sah sekiranya pembeli membuat pembelian menerusi platform yang diiktiraf sahaja.

Untuk makluman, ini merupakan kali kedua bagi artis tersebut untuk mengadakan konsert jelajahnya di Asia. Kali pertama Ed Sheeran mengadakan konsert di Asia adalah pada 2019.

Dalam pada itu, Ed Sheeran juga baru sahaja meluncurkan dua buah album baharu iaitu (Subtract) dan Autumn Variations. Kedua-dua album terbabit pernah menduduki tempat pertama dalam carta global sebelum ini.

BACA: 196,583 Buah Dalam 14 Tahun, Unit Terakhir Kereta Proton Exora Dihasilkan Semalam

Sumber: Ed Sheeran

The post Ed Sheeran Bakal Adakan Konsert Jelajah Di Malaysia Pada Februari 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*