“Kalau Jumpa Ular Macam Ni Jangan Pukul, Sebab…”

sebab pukul ular

“Kalau Jumpa Ular Macam Ni Jangan Pukul, Sebab…”

Apabila berkunjung di hutan untuk melakukan aktiviti pastinya akan bertembung dengan haiwan-haiwan darat yang tinggal di sana, seperti tupai, ular, kala jengking dan sebagainya.

Ketika berada dalam keadaan panik, kita akan bertindak di luar kawalan dengan mula untuk membunuh haiwan tersebut sekiranya ia mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.

Tetapi sebenarnya jika difikirkan secara logik kita yang datang di tempat mereka dan tindakan membunuh itu sepatutnya tidak patut dilakukan.

Pengguna TikTok @emiynapi03, membuat perkongsian video menyatakan sebab kenapa manusia tidak perlu membunuh ular yang ditemui di dalam hutan.

Tujuan video itu dibuat adalah untuk memberi peringatan mesra kepada orang ramai bahawa ular juga adalah makhluk yang bernafas di muka bumi ini.

Dia bertindak untuk berkongsi kesedaran itu selepas menemui seekor ular ketika sedang melakukan kerja di hutan menggunakan jentera.

Dalam video itu, seekor ular bersaiz besar dilihat melilit di jentera itu selepas dikaut ke atas, sebelum ia meloloskan diri di semak.

Kredit: @emiynapi03/TikTok

Haiwan juga cari rezeki

Ujarnya, ketika melakukan kerja dan berjumpa dengan haiwan tersebut, kita digalakkan untuk melepaskan mereka.

“Mana-mana kerja kalau jumpa ular macam ini jangan pukul.

“Sebab kita selalu kerja hutan macam ini, kita tidak perlu mengacau haiwan tersebut kerana nanti binatang itu akan mati,” jelasnya.

Tambahnya, haiwan itu juga seperti manusia, yang mencari mangsa untuk meneruskan kehidupan.

Apabila mereka mati, maka rantaian makanan haiwan pemangsa atau yang lain akan menjadi tidak teratur yang menyebabkan ia pupus.

Bagi mengelakkan kepupusan berlaku, ia perlu dibiarkan dan dilepaskan sekiranya ia tidak mendatangkan bahaya kepada masyarakat.

Kredit: @emiynapi03/TikTok

“Ular sawa atau apa-apa binatang, perlu lepaskannya. Dia juga cari rezeki ma.

“Kalau dia tidak mahu lari jauh, angkat ular itu dengan perlahan supaya tidak mencederakan mereka.

“Kasi lepas, letak jauh-jauh,” ujarnya.

Haiwan tersebut kemungkinan tidak dilihat memberi manfaat kepada manusia, namun ia membantu ekosistem menjadi lebih baik.

Walaupun tidak dapat membantu secara terus, tetapi dengan cara ini ia juga menyumbang kepada pemulihan ekosistem.

Amat penting untuk memastikan pengguna primer melebihi pengguna sekunder dan pengguna sekunder juga mestilah melebihi pengguna tertier.

Pengguna premier ini adalah haiwan yang hanya makan tumbuhan, manakala pengguna sekunder, haiwan yang makan pengguna premier.

Pengguna tertier pula hanya makan pengguna sekunder.

Semoga selepas ini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan melibatkan binatang.

Saksikan video penuh di bawah ini.

@emiynapi03

Huhai keto pale lutut mat

♬ bunyi asal – Musliadi m yusuf – uncle musliadi

Sumber: @emiynapi03/TikTok

BACA: “Tragedi Yang Aku Takkan Lupakan,” Bapa Cemas Anak Dipatuk Ular Sembunyi Dalam Kasut

The post “Kalau Jumpa Ular Macam Ni Jangan Pukul, Sebab…” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*