Elak Jadi Mangsa, Ini 10 Langkah Keselamatan Ketika Naik Eskalator

10 langkah keselamatan eskalator

Elak Jadi Mangsa, Ini 10 Langkah Keselamatan Ketika Naik Eskalator

Seperti yang diketahui, eskalator atau tangga elektronik sering dijumpai di bangunan-bangunan yang mempunyai ramai orang terutamanya pasar raya atau pusat beli-belah.

Tidak dinafikan kemudahan infrastruktur ini sangat membantu orang ramai untuk menaiki satu aras ke satu aras yang lain, lebih-lebih lagi terhadap golongan yang berusia.

Walau bagaimanapun, di sebalik kemudahan tersebut ada bahaya yang menanti terhadap sesiapa yang leka bahkan ia boleh mengundang kepada kecederaan yang serius malah membawa maut.

Insiden mengenai eskalator ini kerap kali didengari oleh orang ramai. Namun, ia masih dipandang enteng oleh masyarakat kita.

Berdasarkan statistik yang didedahkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), lebih 90 peratus kemalangan eskalator berpunca daripada kecuaian pengguna.

Baru-baru ini juga terdapat satu kes melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan tersepit kakinya pada tangga elektronik di sebuah pusat membeli belah.

Selain itu, seorang pengguna di media sosial turut berkongsi detik cemas apabila kasut yang dipakai oleh anaknya secara tiba-tiba masuk pada celah tangga tersebut sehingga terputus kepada dua bahagian.

Oleh itu, pentingnya untuk orang ramai mengambil berat mengenai langkah keselamatan sewaktu menaiki eskalator tidak kira sama ada golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

BACA JUGA: Ini Sejarah Penciptaan Eskalator & Fakta Mengenainya Yang Ramai Tak Tahu

10 Langkah Keselamatan Eskalator

Gambar: Dimitar Dilkoff / AFP

Berikut adalah langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh orang ramai ketika menaiki tangga tersebut.

Pertama pastikan kaki berada dalam garisan kuning yang ditetapkan serta mematuhi setiap arahan yang ditetapkan oleh pemilik premis termasuk tidak bergayut pada pemegang tangga bergerak.

Kedua, penggunaan selipar getah yang lembut oleh kanak-kanak juga perlu dielakkan kerana me­nyum­bang kepada risiko kemalangan. Hal ini kerana kasut jenis getah itu mudah tersangkut pada eskalator yang sedang bergerak.

Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka memakai kasut yang sesuai ketika menggunakan eskalator.

Mendukung kanak-kanak kecil adalah lebih baik daripada menyuruh mereka menaiki sendiri eskalator.

Selain itu, larang kanak-kanak daripada memegang susur tangan kerana pergerakannya yang laju boleh mengejutkan mereka.

Ketiga, gunakan lif sekiranya membawa kereta sorong bayi, kerusi roda, skuter elektrik, bagasi dan lain-lain kerana kemalangan boleh berlaku sekiranya menggunakan eskalator.

Gambar: Bernama

Tambahan lagi, ibu bapa yang mempunyai anak-anak hiperaktif juga perlu mengelakkan daripada menggunakan tangga bergerak.

Keempat, sentiasa memegang tangan anak-anak di eskalator dan tidak membenarkan anak-anak untuk duduk atau bermain di muka tangga eksalator.

BACA JUGA: Rupanya Pemegang Eskalator Bergerak Lebih Laju Dari ‘Tangga’ Itu Sendiri, Ini Sebabnya

Kelima, maklumkan kepada pihak pengurusan premis sekiranya mendapati eskalator tidak selamat digunakan seperti bergerak terlalu laju.

Sehubungan itu, penyelenggaraan tangga berkenaan dapat dilakukan dengan segera. Pengguna juga perlu mengetahui di mana butang kecemasan shutoff yang berwarna merah jika anda perlu untuk menghentikan eskalator.

Keenam, sentiasa kekalkan jarak di antara kasut atau selipar dengan bahagian tangga yang sedang bergerak. Elakkan berdiri terlalu dekat dengan bahagian tepi eskalator.

Gambar: AFP

Ketujuh, setiap kali melangkah, pastikan tali kasut tidak longgar dan kasut yang dipakai bersesuaian ketika menaiki eskalator termasuk pakaian yang labuh .

Kelapan, berdiri di sebelah kiri dan beri ruang kepada pengguna yang sedang bergegas berjalan di sebelah kanan.

Kesembilan, sentiasa memandang ke hadapan, berdiri di tengah muka tangga iaitu dalam kawasan tangga eksalator di mana sempadannya diwarnakan kuning dan berpegang pada handrail.

Kesepuluh, jangan bersandar di tepi handrail sewaktu menaiki eskalator. Selain itu, elakkan daripada meletak beg tangan atau bungkusan di atas handrail.

BACA JUGA: Penerbit Yang Semakin Melonjak, Sekali Ada Yang Ungkit Cerita Lama

Sumber: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1), (2), Astro Awani

The post Elak Jadi Mangsa, Ini 10 Langkah Keselamatan Ketika Naik Eskalator appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*