Elak jadi mangsa ‘scammer’ musim Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai khusus buat masyarakat Cina untuk sentiasa berhati-hati dengan sebarang taktik penipuan scammer sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Katanya, apabila ada perayaan besar seperti sambutan Tahun Baharu Cina, pastinya masyarakat akan keluarkan wang simpanan untuk berbelanja.

Namun, beliau sempat menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan panggilan telefon yang mencurigakan disamping melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan scammer.

“Dalam persediaan kita nak sambut Tahun Baharu Cina, berhati-hati dengan aktiviti scammer. Kalau tak pasti panggilan itu dari siapa, jangan jawab, jangan tekan link.

“Sekiranya menjadi mangsa scammer, segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC),” katanya ketika berucap di Majlis Sumbangan Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai di sini, hari ini.

Katanya lagi, sebagai langkah mencegah diri dari jangkitan Covid-19, beliau menyarankan orang ramai untuk mendapatkan suntikan dos penggalak dengan segera sebelum menyambut Tahun Baharu Cina akan datang. – KOSMO! ONLINE

The post Elak jadi mangsa ‘scammer’ musim Tahun Baharu Cina appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*