Elon Musk Dan Mark Zuckerberg Dilapor Bersetuju Adakan Pertarungan Dalam Sangkar

Elon Musk dan Mark Zuckerberg pertarungan

Elon Musk Dan Mark Zuckerberg Dilapor Bersetuju Adakan Pertarungan Dalam Sangkar

Dua jutawan teknologi berprofil tinggi iaitu Elon Musk dan Mark Zuckerberg dilaporkan bersetuju untuk berlawan antara satu sama lain dalam pertarungan sangkar.

Memetik BBC, Elon pada awalnya dilihat menyiarkan mesej di platform Twitter miliknya bahawa dia sedang “bersiap untuk bertarung dalam sangkar” dengan Mark.

Mark pemilik syarikat induk Facebook dan Instagram Meta kemudian menyiarkan tangkap layar ciapan Elon dengan kapsyen “hantar saya lokasi”.

“Berita itu seperti apa yang anda dapat lihat dengan sendiri,” kata jurucakap Meta kepada BBC.

Hantaran Mark itu kemudiannya dibalas oleh Musk dengan menjawab: “Vegas Octagon.”

Vegas Octagon merupakan satu tempat pertarungan dan kawasan berpagar yang digunakan untuk pertarungan Ultimate Fighting Championship (UFC). Tempat pertarungan UFC itu berpusat di Las Vegas, Nevada.

Musk yang bakal memasuki 52 tahun lewat bulan ini turut menulis ciapan yang berbunyi: “Saya mempunyai langkah hebat yang dipanggil ‘The Walrus’, di mana saya hanya berbaring di atas lawan saya sambil tidak berbuat apa-apa.”

Selain itu, Musk juga sempat dilihat berkongsikan sebuah video pendek seekor walrus, yang berkemungkinan bahawa dia hanya bergurau atas ajakan tersebut.

Musk diketahui merupakan seseorang yang suka bergurau

Dalam satu lagi tweet yang berasingan, Musk sempat berkata: “Saya hampir tidak pernah bersenam, kecuali untuk mengambil anak-anak saya dan mencampakkan mereka ke udara.”

Sementara itu, Mark yang berusia 39 tahun sememangnya mempunyai pengalaman dalam seni mempertahankan diri campuran (MMA). Malah baru-baru ini Mark dilaporkan telah memenangi kejohanan jiu-jitsu.

Balasan ciapan itu telah menjadi tular di media sosial dengan ramai yang mula berdebat siapa yang akan memenangi pertarungan itu.

Malah ada di antara pengguna media sosial yang menyiarkan ‘meme’ termasuk poster ejekan yang mengiklankan pertarungan itu.

Seperti yang diketahui, Musk mempunyai sejarah suka membuat kenyataan yang tidak serius dan suka bergurau.

Sebagai contoh, Musk pernah memberitahu BBC pada April lalu bahawa dia akan menjadikan anjingnya sebagai ketua eksekutif Twitter.

Terdahulu, Musk telah mengesahkan bahawa Linda Yaccarino secara sah mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat media sosial, Twitter.

Menurut laporan The New York Times dan The Information, Yaccarino dijangka bakal memulakan kerja secara rasmi sebagai CEO Twitter hari ini.

Sementara itu, mantan CEO Twitter, Musk sebelum ini turut mengumumkan tentang Yaccarino yang bakal mengambil alih peranannya pada Mei lalu.

Tambahan lagi, Musk juga telah memberitahu bahawa beliau merancang untuk mencari penggantinya. Isu tersebut telah berlarutan sehingga beberapa bulan lalu susulan syarikat itu berdepan pelbagai masalah.

Sumber: BBC

The post Elon Musk Dan Mark Zuckerberg Dilapor Bersetuju Adakan Pertarungan Dalam Sangkar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*