Empat Lelaki Rentung Kereta Terbakar di WCE

lelaki rentung wce

Empat Lelaki Rentung Kereta Terbakar di WCE

IPOH, 7 Ogos (Bernama) — Empat lelaki rentung dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga di KM220 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) Arah Utara, dekat Sitiawan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihak bomba, menerima panggilan jam 5.11 petang tadi.

“Setibanya di tempat kejadian sebuah kenderaan didapati terbakar dengan lima mangsa, empat mangsa rentung dan seorang selamat,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Beliau berkata kereta itu dipercayai terbabas sebelum terbakar.

Sayani berkata kesemua mangsa merupakan warga tempatan yang bekerja di Lumut dan dalam perjalanan balik ke Ipoh.

Sementara itu mangsa yang terselamat mengalami kecederaan dan dikenali sebagai Shariff Mohammed Sidek Mohammed, berusia 34 tahun.

Manakala mangsa yang rentung belum dikenal pasti.

BACA: Tiga Maut Termasuk Dua Rentung Dalam Kemalangan Di Segamat

Remaja OKU 15 rahun rentung dalam kebakaran rumah

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja lelaki kurang upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Dato Sri Kamaruddin, Seri Manjung pada selasa lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.11 petang membabitkan kebakaran sebuah rumah yang musnah terbakar 90 peratus.

“Kebakaran melibatkan seorang mangsa lelaki OKU berusia 15 tahun yang mayatnya ditemukan di atas katil di sebuah bilik,” katanya.

Beliau berkata ibu kepada OKU tersebut membawa seorang lagi anaknya yang masih bayi untuk bekerja menjaga orang sakit di hadapan rumahnya dan meninggalkan anak OKU tersebut di rumah.

Sumber: BERNAMA

The post Empat Lelaki Rentung Kereta Terbakar di WCE appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*