Enggan Tarik Balik Kenyataan ‘Anak Papa’, Ahli Parlimen Pendang Diarah Keluar Dewan

pendang keluar dewan

Enggan Tarik Balik Kenyataan ‘Anak Papa’, Ahli Parlimen Pendang Diarah Keluar Dewan

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Bin Hashim telah diarah keluar Dewan Rakyat sebentar tadi selepas beliau menggunakan perkataan “Anak Papa”.

Keputusan keluar dewan itu dibuat oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Puan Alice Lau Kiong Yieng selepas Ahli Parlimen Pendang enggan tarik balik kenyataannya itu.

Menerusi muat naik perkongsian video perbahasan Astro Awani, isu ‘anak papa’ itu bangkit apabila Awang Solahuddin didakwa menggunakan terma itu sebagai satu sindiran.

Bagaimanapun, kenyataan Awang Solahuddin itu telah disokong oleh Ahli Parlimen Larut Perikatan Nasional (PN), Dato’ Seri Hamzah Bin Zainuddin.

Menurut Hamzah, kenyataan itu tidak menunjukkan sebarang kesalahan dan ia sepatutnya boleh diterima oleh semua orang.

“Apa yang tak mengaku anak papa? It is true conflict of interest yang menyebabkan Timbalan Speaker yang terpaksa membuat keputusan tersebut.

“Pada saya tak salah untuk Pendang mengatakan anak Papa oleh kerana conflict of interest. Yang tak mengaku anak papa ni dah kenapa?” kata Hamzah dalam perbahasannya sebentar tadi.

Hujah Hamzah itu kemudiannya dibalas oleh Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji dari Pakatan Harapan (PH).

“Bukan kata tak mengaku, jangan sindir Yang Berhormat. Ini bukan sesuatu untuk ditertawakan,” kata Ahli Parlimen Jelutong itu.

Kekecohan mula berlaku selepas Ahli Dewan mula bersuara

Dewan menjadi semakin hangat selepas beberapa Ahli Parlimen yang lain mula bersuara dan mencelah.

Keengganan Ahli Parlimen Dewan Rakyat untuk menghentikan perbalahan telah menyebabkan Timbalan Speaker mula bersuara.

“Saya sudah jelaskan bahawa isu ini tiada conflict of interest. Timbalan Speaker yang buat keputusan. Kenyataan anak papa tadi adalah sangkaan jahat,” kata Timbalan Speaker.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sehubungan dengan itu, Timbalan Speaker kemudiannya meminta Ahli Parlimen Pendang untuk tarik balik kenyataannya itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen yang enggan menarik balik kenyataan itu akhirnya telah diarah keluar dari Dewan Rakyat sehingga waktu rehat persidangan tengah hari tadi.

Ahli Parlimen Pendang yang akur terpaksa keluar dewan dengan selepas arahan itu diberikan kepadanya.

Sumber: Astro Awani

The post Enggan Tarik Balik Kenyataan ‘Anak Papa’, Ahli Parlimen Pendang Diarah Keluar Dewan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*