Tak sanggup bazirkan makanan anak bagi, bapa habiskan 5 pau sebelum masuk singapura

Seorang bapa menyentuh hati rakyat Malaysia apabila sanggup menghabiskan pau buatan anak gadisnya dalam masa satu setengah jam.

Hal demikian kerana lelaki itu risau pihak kastam Singapura tidak membenarkan bahan berasaskan daging melepasi sempadan.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, lelaki yang bekerja di negara seberang itu dibekalkan lima biji pau oleh anaknya yang berusia 14 tahun.

Katanya, dia terpaksa makan seorang diri di stesyen Terminal Larkin, Johor Bahru kerana tidak sanggup mengecewakan anaknya.

“Anak perempuan saya bimbang saya tiada makanan untuk dimakan sewaktu pergi ke Singapura. Jadi, dia sediakan roti kukus berintikan daging agar saya dapat mengisi perut.

“Sebagai seorang ayah, saya tidak sampai hati untuk memberitahu kepadanya bahawa Singapura tidak membenarkan roti kukus (dengan isi daging) dibawa masuk ke negara ini,” katanya.

Difahamkan, lelaki tersebut telah bekerja di negara republik itu selama lapan tahun sebagai kapten bas di SBD Transit.

Dia hanya akan pulang bertemu keluarganya di Negeri Sembilan dengan menaiki bas setiap satu atau dua bulan sekali sahaja.

Hantaran ini melambangkan perjuangan seorang insan bergelar ayah yang rela berjuang demi kegembiraan dan keselesaan anaknya.

Baca juga: Ingat wasabi ke? Warganet terkejut lihat Tajul makan nasi goreng campur ubat gigi

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*