EPL: Nketiah perlu ambil kesempatan

LONDON – Bekas pemain te­ngah England, Danny Murphy percaya penyerang Arsenal, Eddie Nketiah mampu menjaringkan lebih banyak gol berbanding rakan sepasukannya, Gabriel Jesus musim ini.

Nketiah ketika ini baru meledak dua gol dalam saingan EPL berbanding Jesus yang sudah mengumpul lima jaringan daripada 14 perlawanan sejak me­nyertai Arsenal daripada Manchester City musim ini.

Bagaimanapun, Nketiah kini menjadi sandaran utama The Gunners di bahagian serangan menggantikan tempat Jesus yang terpaksa dipinggirkan untuk tempoh yang lama disebabkan masalah kecederaan.

Bagi Murphy, situasi itu secara tidak langsung bakal menguntungkan Nketiah untuk membuktikan keupayaan dan penyudah tajamnya kepada Mikel Arteta dalam membantu Arsenal menjuarai saingan EPL musim ini.

“Jesus mengalami kemarau jaringan sebelum dia mengalami kecederaan. Nketiah pula me­nunjukkan konsistensi dengan menjaringkan dua gol daripada tiga perlawanan.

“Mungkin Nketiah tidak memiliki kemahiran seperti Jesus, tetapi dia boleh terus menjaringkan gol demi gol jika melihat kepada corak permainan Arsenal.

“Saya percaya tidak mustahil Nketiah mampu menjaringkan lebih banyak gol daripada Jesus apabila saingan berakhir nanti,” kata Murphy.

Nketiah dijangka kembali menggegar gawang buat Arsenal apabila bertandang ke Stadium Kassam menentang Oxford Uni­ted dalam pusingan ketiga Piala FA pada 10 Januari ini. – AGENSI

The post EPL: Nketiah perlu ambil kesempatan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*