Ernie Zakri yang mulakan luah suka pada Syamel

PERKAHWINAN pasangan popular, penyanyi Ernie Zakri dan Syamel yang diserikan seorang puteri pejam celik sudah memasuki tahun kedua.

Ketika ditemu bual dalam program podcast Studio Sembang kendalian Amelia Henderson baru-baru ini, Ernie membuat pengakuan yang manis berkaitan hubungannya dengan Syamel.

Kelakarnya kata Ernie, dia dengan selamba menghubungi Syamel semata-mata-mata mahu meluahkan perasaan yang terpendam.

Nyata pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri itu tidak bertepuk sebelah tangan apabila dengan pantas Syamel juga menyatakan dia menyukai penyanyi lagu Gundah itu.

Amboi, manis sungguh detik awal percintaan merpati dua sejoli itu. Mizz Lahar pun tumpang tergelak dengan sikap sempoi mereka.

Kepada sesiapa di luar sana yang ada pujaan hati, jangan takut untuk berterus terang. Siapa tahu hari ini ‘confess’, bulan depan terus si dia ajak nikah.

Tapi awas, kena siasat dahulu latar belakang. Mana tahu pujaan hati sebenarnya milik orang. Paling risau kalau laki orang, takut!

Mizz Lahar: Dengarnya ada penerbit terasa hati dengan seorang aktres. Kes apa pula tu ya?

The post Ernie Zakri yang mulakan luah suka pada Syamel appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*