Founder Misi ‘buka tabung’ bantu bapa berkhemah di parkir hospital

PETALING JAYA – Kosmo! semalam melaporkan tular seorang bapa yang terpaksa berkhemah di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, bagi menjimatkan kos perjalanan.

Lelaki itu menerusi akaun Facebook Ryu Watanabe Miyuka, turut menjelaskan tindakan itu dibuat kerana ingin selalu dekat dengan isteri serta anaknya, tujuh tahun, yang didiagnosis dengan ketumbuhan di kepala dan kini berada di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak di hospital berkenaan.

Malam tadi, pemilik akaun Facebook Founder Misi yang terkenal dengan kutipan awam bagi menjayakan misi bantuan tertentu mengambil inisiatif ‘membuka tabung’ untuk lelaki tersebut sehingga pukul 12 tengah hari ini.

“Kita kumpul diam-diam untuk dia. Jom belanja ayahnya supaya mudah untuk beliau jaga anaknya.

“Saya buka tabung hingga jam 12 tengah hari, 12 Januari sahaja. Apa sahaja jumlahnya, kita hadiahkan 100 peratus kepada ayahnya,” ujarnya bersama perkongsian tangkap layar berita berkaitan.

Sehingga pukul 10 pagi ini, kutipan tersebut telah mencecah sebanyak RM29,048 yang terdiri daripada 2,251penyumbang.

Hantaran tersebut menerima sambutan sangat baik daripada netizen yang turut prihatin dengan situasi lelaki tersebut.

“Jom beri sumbangan moga adik sembuh dan ringan bebanan orang tuannya berkorban demi anak mereka,” kata Ainz KZ.

“Jom geng! Gewang boleh beli, kita beli saham akhirat pula,” ujar seorang lagi netizen.

“Zaman ni hanya rakyat faham keadaan rakyat,” komen Muhammad Haidir. – KOSMO! ONLINE

The post Founder Misi ‘buka tabung’ bantu bapa berkhemah di parkir hospital appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*