Fenomena Misteri Ratusan Burung Bunuh Diri Di India Cetus Seribu Persoalan

burung bunuh diri

Fenomena Misteri Ratusan Burung Bunuh Diri Di India Cetus Seribu Persoalan

Pelbagai kisah-kisah misteri, tahyul dan paranormal yang berlaku dan dipercayai oleh segenap lapisan masyarakat di sesetengah kawasan pedalaman di dunia ini.

Sebuah negeri bernama Assam di India ini mempunyai satu kisah misteri yang sangat popular dan menjadi perdebatan hebat pengkaji.

Assam merupakan sebuah tempat yang hanya mempunyai seramai 2,500 populasi dengan pemandangan indah dan damai.

Negeri itu cukup terkenal di seluruh dunia dengan fenomena misteri yang dipanggil ‘burung bunuh diri’.

Memetik 18News, kampung bernama Jatingga terletak di sekitar 330 kilometer ke selatan Guwahati di Assam telah mengalami kejadian misteri ini selama bertahun-tahun.

Tempat itu dikatakan menjadi tajuk utama setiap tahun dari bulan September hingga November kerana kejadian bunuh diri besar-besaran sekumpulan burung.

Apa yang lebih pelik adalah burung-burung ini akan mati dari jam 6 petang hingga 9.30 malam.

Bukan sahaja burung tempatan malah kebanyakan burung yang berhijrah ke kampung itu juga akan melakukan perbuatan dipercayai membunuh diri itu.

Kredit X

Menurut laporan, kira-kira 40 spesies burung tempatan dan burung migrasi terlibat dalam kejadian bunuh diri besar-besaran itu.

Disebabkan kejadian misteri itu, ramai yang menganggap Jatinga sebagai salah satu tempat paling menyeramkan di bumi.

Sehingga kini, masih tiada penjelasan munasabah berkenaan kejadian bunuh diri besar-besaran di rantau itu.

Ekoran penularan video berkenaan kejadian itu di media sosial, beberapa teori yang menyeramkan mula muncul.

“Ada yang percaya bahawa kampung itu terkutuk dan akan menyebabkan bencana besar. Yang lain berpendapat bahawa medan magnet yang berlebihan di kawasan itu menyebabkan kejadian misteri itu,” tulis beberapa orang pengguna berkenaan teori mereka.

Bagaimanapun, masih tiada siapa yang dapat membuktikan penjelasan tepat di sebalik fenomena tersebut.

Menurut laporan berlainan, selama bertahun-tahun penduduk kampung itu percaya bahawa ‘roh jahat’ yang menyebabkan kejadian misteri itu.

Kredit Pinterest

Penduduk tempatan memberitahu bahawa burung-burung itu akan kelihatan keliru dan akhirnya merempuh pokok, lampu dan juga bangunan.

BACA: Ingatkan Di Luar Negara Rupanya Gambar Burung Ini Di Malaysia Je

Kesan daripada rempuhan itulah yang menyebabkan burung-burung tersebut mati.

Jatingga kekal terasing dari dunia luar selama sembilan bulan atas sebab semula jadi. Orang ramai juga dilarang untuk masuk ke kampung itu pada waktu malam.

Burung migrasi yang pernah dilaporkan mati di kampung itu termasuk burung parut harimau, kuntul kecil, kuntul hitam, bangau kolam, pitta India dan burung rajawali.

Fenomena ini dipercayai telah bermula sejak tahun 1910 yang lalu dan perkara itu hanya diketahui oleh dunia luar pada tahun 1957.

Perkara itu diketahui selepas pakar ornitologi E.P Gee, seorang penanam teh British menyebut tentang perkara itu dalam bukunya yang bertajuk ‘Wild Life of India’.

Sumber: 18News

The post Fenomena Misteri Ratusan Burung Bunuh Diri Di India Cetus Seribu Persoalan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*