Penghuni Flat Selamba Ternak Lembu Dekat Balkoni Rumah 

ternak lembu dekat balkoni rumah

Penghuni Flat Selamba Ternak Lembu Dekat Balkoni Rumah 

Penghuni sebuah rumah flat di China dilaporkan memelihara lembu di balkoni rumahnya yang berada di tingkat lima, lapor SCMP.

Klip video yang memaparkan tujuh ekor anak lembu sedang menikmati hidangan di balkoni bangunan kediaman di wilayah Sichuan di barat daya China itu telah ditonton lebih 4 juta kali di Douyin.

Penghuni rumah itu berkata bahawa lembu itu hanya berada di premis tersebut selama sehari. Jiran yang marah dan tidak tahan dengan bau busuk kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Haiwan itu telah dikeluarkan oleh pegawai pengurusan bandar pada 14 Julai lalu, lapor Phoenix Weekly.

Pengguna media sosial terkejut dengan cerita berkenaan lembu di balkoni tersebut. Malah mereka turut meninggalkan komen berkenaan kejadian itu.

“Saya pasti lembu itu tidak pernah membayangkan mereka boleh tinggal di bangunan suatu hari nanti,” tulis seorang netizen.

“Anak lembu yang malang, duduk berhimpit di balkoni yang begitu kecil,” tulis seorang lagi.

Kredit Douyin

Ramai penduduk flat itu berasal daripada kampung yang berhampiran

Kebanyakan penduduk di bangunan itu adalah mereka yang ditempatkan semula dari kampung yang berhampiran. Keadaan itu mungkin menjelaskan mengapa perkara seperti itu boleh berlaku.

Pada bulan Januari lalu, seorang penduduk mengadu bahawa terdapat penduduk menternak ayam di rumah flat mereka.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial berkata bahawa perkara itu sangat difahami oleh penduduk kampung yang telah kehilangan kehidupan desa mereka.

“Penduduk di sana telah menghabiskan masa mereka tinggal di luar bandar. Mereka sudah terbiasa dengan aktiviti memelihara ayam dan menanam sayur-sayuran di halaman mereka,” tulis seorang netizen.

BACA: Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan

Dalam pada itu, kes yang sama juga pernah dilaporkan pada sebelum ini.

Pada 15 Julai lalu, seorang wanita dari wilayah Heilongjiang di utara China mengadu tentang jiran warga emasnya.

Wanita warga emas itu dikatakan telah meneruskan tabiat menternaknya di tingkat bawah rumah flatnya.

Wanita itu berkata bahawa keluarganya terpaksa berpindah kerana bimbang bau itu boleh membahayakan kesihatan anaknya yang berusia setahun.

Sumber: SCMP

The post Penghuni Flat Selamba Ternak Lembu Dekat Balkoni Rumah  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*