Fenomena “Penghijaban Bulan & Seven Sisters” Berlaku Malam Esok

penghijaban bulan seven sisters

Fenomena ‘Penghijaban Bulan & Seven Sisters’ Berlaku Malam Esok

Peminat astronomi di Malaysia dijangka berpeluang menyaksikan fenomena luar biasa, ‘Penghijaban Bulan & Seven Sisters’ pada malam Sabtu, 20 Januari ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Planetarium Negara melalui satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

Walaupun fenomena ini bunyi seakan fantasi, namun orang ramai sebenarnya berpeluang menyaksikan kejadian tersebut dengan mata sendiri.

Menurut Outlook Traveller, fenomena ini melibatkan Bulan dan tujuh bintang di angkasa lepas.

Ketika fenomena tersebut berlaku, satelit semula jadi Bumi itu akan kelihatan seolah-olah berada betul-betul hampir dengan gugusan bintang Seven Sister.

Tujuh bintang tersebut dinamakan dengan nama Maia, Electra, Alcyone, Taygete, Asterope, Celaeno dan Merope.

Fenomena penghijaban Bulan dan Seven Sisters malam esok

Gugusan Seven Sisters turut dikenali dengan nama Pleiades. Pleiades ialah asterisme, atau gugusan bintang terbuka yang memliki kira-kira 1,000 bintang di dalamnya.

Semasa fasa penghijaban pula, Bulan akan melindungi sebahagian dari gugusan bintang Seven Sisters.

Menurut Planetarium Negara, Bulan akan mula ‘memasuki’ kawasan gugusan bintang ‘Seven Sisters‘ pada kira-kira pukul 9.00 malam.

Bulan kemudiannya akan mula bergerak keluar daripada kawasaan gugusan bintang ‘Seven Sisters‘ sekitar pukul 1.00 pagi.

Sepanjang fenomena ini berlangsung, Bulan akan bergerak keluar ke sebelah sisi gugusan bintang ‘ Seven Sisters’.

Outlook Traveller memaklumkan orang ramai boleh melihat Bulan dan gugusan bintang berkenaan dengan menggunakan  teropong atau teleskop kecil.

Di Hemisfera Utara, fenomena unik ini biasanya dapat dilihat dengan jelas antara bulan Januari hingga Februari.

Manakala, kluster ini akan kelihatan jelas pada Hemisfera Selatan pada Disember hingga Mac, lapor Star Walk.

“Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan peristiwa menarik ini,” audio dalam video kiriman Planetarium Negara.

Jadi, kepada orang ramai dan peminat dunia astronomi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri fenomena ini.

Tanda tarikh siap-siap, malam esok bermula pukul 9 malam.

BACA: Tak Balik Rumah Sejak Selasa, Waris Minta Bantuan Kesan Lelaki Hilang

Sumber; Outlook Traveller, Star Walk, Planetarium Negara, Falak Online

The post Fenomena “Penghijaban Bulan & Seven Sisters” Berlaku Malam Esok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*