All Stars Gegar Vaganza Bakal Buka Tirai, 10 Bekas Juara Kembali Berentap

All Stars Gegar Vaganza

All Stars Gegar Vaganza Bakal Buka Tirai, 10 Bekas Juara Kembali Berentap

Pertandingan realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza (GV) mencuri tumpuan ramai apabila mengumumkan musim terbaharu selepas sedekad bersiaran di Malaysia, lapor Astro Gempak.

Menariknya, pertandingan nyanyian itu membawa sedikit kelainan pada musim ini dengan menampilkan kesemua juara musim terdahulu dalam satu gelanggang yang dinamakan All Stars Gegar Vaganza.

Juara Gegar Vaganza terdahulu yang bakal berentap adalah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6) Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Senarai Juara Gegar Vaganza

Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Senarai All Stars Gegar Vaganza
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Senarai All Stars Gegar Vaganza
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Senarai All Stars Gegar Vaganza
Gambar: Astro Gempak
Senarai All Stars Gegar Vaganza
Gambar: Astro Gempak

Lima “hotseat” dipertandingkan

Selain itu, ia juga akan menampilkan lima lagi penyanyi dari musim-musim terdahulu. Walau bagaimanapun, lima penyanyi tersebut akan dipilih melalui undian oleh para peminat.

Difahamkan orang ramai boleh mengundi dengan melayari laman sesawang www.astrogempak.com/gegarvaganza bermula 29 Ogos 2023 sehingga 10 September 2023 pada jam 11.59 malam.

Musim terbaharu Gegar Vaganza kali ini tentunya lebih sengit dengan mengumpulkan kesemua juara GV dari sembilan musim termasuk lima pilihan para peminat.

BACA JUGA: “Habiskan Pembelajaran” Khairul Aming Titip Pesan Buat Anak Muda Nak Jadi “Content Creator”

Tambahan lagi, ia bakal menjadi platform untuk menyaksikan selebriti terbaik tanah air dan nusantara berentap meraih gelaran “Juara Antara Juara”.

Sementara itu, barisan juri pula diketuai oleh Dato’ Ramli MS dan ditemani Datuk Syafinaz Selamat dan juri dari Indonesia, Hetty Koes Endang.

Format All Stars Gegar Vaganza

Seperti musim sebelum ini, format asal penjurian Gegar Vaganza kali ini adalah 100 peratus di tangan barisan juri profesional.

Bagi peserta yang memperolehi markah terendah pada setiap minggu pula akan tersingkir. Juara All Stars Gegar Vaganza akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000.

Pertandingan nyanyian itu bakal disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam berlangsung selama 12 minggu bermula 24 September, setiap Ahad pada jam 9 malam.

Ia akan ditayangkan di saluran Astro Ria (Saluran 104) termasuk platform On Demand iaitu Astro Box dan Astro GO.

Selain itu, All Stars Gegar Vaganza juga boleh ditonton secara langsung di Sooka menerusi langganan mudah alih Sports & Entertaiment serendah RM1.15 sehari tanpa kontrak.

Sumber: Astro Gempak 

The post All Stars Gegar Vaganza Bakal Buka Tirai, 10 Bekas Juara Kembali Berentap appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*