“Fighter” Muda Muaythai Negara, Aliff Rakib Berjaya Dapat Kontrak ONE Championship Bernilai USD 100,000

Aliff Rakib ONE championship

“Fighter” Muda Muaythai Negara, Aliff Rakib Berjaya Dapat Kontrak ONE Championship Bernilai USD 100,000

Seorang lagi atlet muda Muaythai negara iaitu Aliff Rakib berjaya terpilih untuk menandatangani kontrak bersama ONE Championship yang bernilai USD 100,000.

Fighter Muaythai berusia 19 tahun itu berjaya mendapatkan kontrak tersebut selepas menewaskan atlet daripada Iran secara KO atau ‘knock-out’.

https://www.instagram.com/p/CzeTqESvWQf/

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Aliff berkata bahawa jurulatihnya telah berjanji kepadanya untuk mendapatkan kontrak bersama ONE Championship.

Kredit Instagram

“Tahun ini, jurulatih JP berjanji kepada saya bahawa kami akan mendapatkan kontrak bersama ONE Championship. Malam ini satu lagi kejayaan KO dan kami mendapatkannya.

“Malam ini saya memenangi pertarungan dengan KO dan menerima kontrak bernilai USD 100,000 untuk ONE. Malam ini adalah saat paling bahagia dalam hidup saya,” tulis muat naik itu yang berkongsikan momen kemenangan terindah tersebut.

Selain itu, Aliff juga sempat mengucapkan terima kasih kepada jurulatihnya yang membantunya dan memberikan semangat dalam pertarungan malam tadi.

Kredit Instagram

“Terima kasih kepada jurulatih saya yang selalu memberi semangat dan buatkan saya percaya kepada diri sendiri. Terima kasih kepada bos Pachet dan semua rakan-rakan saya di kem, saya sayang anda semua. Alhamdulillah untuk semuanya,” tulisnya lagi.

Ekoran kemenangan pada malam tadi, Aliff Rakib ditawarkan kontrak bersama ONE Championship bernilai USD 100,000 serta bonus sebanyak USD 10,000.

Baru 16 Tahun, Johan Ghazali Berjaya Dapat Kontrak ONE Championship Bernilai USD 100,000

Terdahulu, atlet berusia 16 tahun iatu Johan Ghazali ONE Championship bernilai USD 100,000 tersebut.

Beliau berjaya meraih kontrak berkenaan selepas menundukkan lawannya dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev dalam ONE Friday Fights 36, semalam.

Dalam pertarungan sengit itu, Johan Ghazali atau JoJo Ghazali berjaya melepaskan tumbukan bawah ke arah dada Bekmurzaev. Jojo memenangi perlawanan tersebut secara knock out pada pusingan kedua.

Lebih menarik, beliau turut membawa pulang hadiah kemenangan bernilai 350,000 Baht.

Mengulas mengenai kontrak yang berjaya dimilikinya, Jojo ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: Instagram/Aliff Rakib

The post “Fighter” Muda Muaythai Negara, Aliff Rakib Berjaya Dapat Kontrak ONE Championship Bernilai USD 100,000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*