Ini Senarai Lokasi Kedai Tomyam Yang Tawarkan Menu Rahmah

senarai kedai tomyam menu rahmah

Ini Senarai Lokasi Kedai Tomyam Yang Tawarkan Menu Rahmah

Semakin ramai peniaga mula tawarkan Menu Rahmah kepada pelanggan di seluruh negara selepas diperkenalkan pada Januari lalu.

Terbaharu, pengusaha Tomyam pula antara yang mula menawarkan Menu Rahmah tersebut.

Menerusi muat naik hantaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub di Facebook miliknya berkata, perkenalan kepada Program Menu Rahmah telah mendapat perhatian ramai peniaga.

Terkini usaha itu turut mendapat perhatian daripada pengusaha-pengusaha Tomyam. Beberapa pengusaha Tomyam telah mula menawarkan Menu Rahmah di kedai mereka.

“Selepas ini, kalau ada yang pergi kedai tomyam, bolehlah merasa keenakan Menu RAHMAH.

“Boleh beli untuk diri sendiri. Boleh juga beli untuk diberi pada yang memerlukan,” tulis beliau di hantaran Facebook miliknya.

Pengusaha Tomyam di beberapa negeri telah mula menawarkan Menu Rahmah mereka.

Beberapa negeri seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak antara yang terawal mula perkenalkan menu tersebut.

Rujuk gambar di bawah untuk mengetahui lanjut lokasi pengusaha Tomyam yang menawarkan Menu Rahmah tersebut.

Senarai kedai tomyam tawarkan menu rahmah

Kredit Salahuddin Ayub via Facebook
Kredit Salahuddin Ayub via Facebook

Menu Rahmah adalah hidangan seimbang

Menu Rahmah adalah hidangan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Terdahulu Siakap Keli pernah melaporkan bahawa inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah turut menarik minat sektor lain.

Ini termasuk sektor perubatan yang menyediakan harga murah kepada golongan memerlukan terutama B40.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, terdapat dalam kalangan doktor perubatan yang mempunyai klinik persendirian berhasrat menyediakan Klinik Rahmah menawarkan pakej keluarga bagi golongan B40 dengan harga berpatutan.

“Bagi menjalankan idea ini, pihak kami perlu adakan kolaborasi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) untuk berbincang dan menjayakan (Klinik Rahmah) sekiranya benar ada doktor ingin klinik mereka memberi Perubatan Rahmah,” katanya selepas menjadi tetamu Program Jendela Fikir terbitan Bernama Radio hari ini.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga mengadakan pertemuan dengan beberapa pengusaha restoran makanan segera susulan permintaan keluarga yang ingin menyantuni anak mereka dengan makanan itu.

Sumber: Salahuddin Ayub via Facebook

The post Ini Senarai Lokasi Kedai Tomyam Yang Tawarkan Menu Rahmah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*