Firdaus Othman, Pereka Pelamin Terkenal Meninggal Dunia

Firdaus Othman pereka pelamin

Firdaus Othman Pereka Pelamin Terkenal Disahkan Meninggal Dunia

Pereka pelamin terkenal, Firdaus Othman yang pernah menjadi tular menerusi hasil rekaan kreatif pelamin di majlis pernikahan penyanyi terkenal Yuna dilaporkan telah meninggal dunia.

Memetik Astro Awani, Allahyarham yang berusia 32 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.02 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh.

Berita pemergian Allahyarham telah dimaklumkan oleh rakan rekaan Firdaus Othman Design (FOD) di akaun Instagram mereka sebentar tadi.

Sebelum ini, FOD dikatakan telah membuat kemaskini berkenaan keadaan kesihatan Allahyarham.

Kali terakhir kemaskini tersebut memaklumkan bahawa keadaan Firdaus semakin kritikal dan bantuan pernafasan Allahyarham terpaksa dihentikan pada Khamis lalu.

Pada 6 Oktober lalu, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas dipercayai mengalami kemerosotan kesihatan selama sebulan.

Allahyarham didiagnos terkena jangkitan kuman pada otak

Allahyarham kemudiaanya disahkan terkena jangkitan kuman pada otak dan telah menjalani pembedahan otak pada 8 Oktober lalu.

Terdahulu, nama Allahyarham melonjak naik selepas menjadi Pengarah Kreatif bagi The Calla.

Beliau juga menjadi popular selepas berjaya mereka set pelamin pernikahan Yuna dan suaminya Adam Sinclair di sebuah resort di Pahang.

Rekaan set pelamin yang menggunakan elemen alam semula jadi dan bunga liar tempatan itu telah menjadi tular dan dikagumi ramai.

BACA: Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Tolong “Support” Dekat Komen

Sejak itu, Allahyarham telah berjaya mendapat kepercayaan ramai artis terkemuka untuk mereka hias set persembahan mahupun pelamin.

Ia termasuk rekaan set persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu ke-33 bagi lagi Di Matamu yang kemudiannya berjaya dinobatkan sebagai persembahan terbaik.

Selain itu, Allahyarham bersama FOD turut mengukir nama dengan sentuhan menarik dalam mereka hias set bagi video klip (MV) beberapa artis terkenal tempatan

Antaranya adalah Dato’ Seri Siti Nurhaliza (Siapa Tak Mau, Anakanda) dan Nabila Razali (Peluang Kedua).

Difahamkan, Allahyarham akan dikebumikan di rumah keluarganya di Felda Palong, Negeri Sembilan selepas solat Asar pada petang ini.

Sumber: Astro Awani

The post Firdaus Othman, Pereka Pelamin Terkenal Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*