Lelaki Hilang Dua Hari Ditemui Maut Dalam Kereta Terbabas

lelaki hilang dua hari maut kereta

Lelaki Hilang Dua Hari Ditemui Maut Dalam Kereta Terbabas

Persoalan berkenaan seorang lelaki yang didapati hilang selama dua hari terjawab apabila jasadnya yang sudah tidak bernyawa di di dalam sebuah kereta di Kota Tinggi, pada awal pagi Sabtu.

Mayat lelaki tersebut ditemui di dalam sebuah kereta di bahu kiri jalan di Kilometer (KM) 16 Jalan Bandar Penawar-Punggai.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, pihak polis telah menerima aduan daripada orang awam berkenaan penemuan kereta terbabit pada jam 8.30 pagi, Sabtu.

Lelaki yang didapati hilang selama dua hari tersebut didapati terlibat dalam sebuah kemalangan di tempat kejadian.

Jelasnya, kemalangan terbabit melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak dan seorang lelaki ditemui di dalam kereta terbabit.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang juga pemandu kereta jenis Proton Waja itu dalam perjalanan dari Bandar Penawar menghala ke Punggai.

“Apabila sampai di jalan berselekoh di KM16, lelaki terbabit dipercayai mengantuk sebelum hilang kawalan dan terbabas masuk lebih kurang 40 meter ke dalam kawasan semak di bahu kiri jalan menghala ke Pulai.

“Mangsa juga didapati meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Susulan itu, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui dan mengenalpasti punca sebenar kemalangan terbabit.

BACA: Rumah 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air, Ada Enam Rekaan Boleh Pilih, Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat

Sementara itu, Hussin memberitahu bahawa mangsa dikatakan sudah  tidak pulang ke rumah selama dua hari. Maklumat ini merupakan hasil soal siasat bersama waris mangsa.

Kata Hussin, pihak waris serta beberapa orang awam telah keluar bagi mengesan keberadaan mangsa selepas didapati tidak pulang ke rumah.

Pencarian tersebut tamat pada 8.30 pagi apabila mayat mangsa telah ditemui di kawasan semak dalam sebuah kereta.

“Selain itu, tiada unsur-unsur jenayah ditemui dan dalam siasatan kes mendapati mangsa telah terbabas dengan sendirinya semasa memandu,” katanya.

BACA: Tak Payah ‘Beli’, Chef Kongsi Resepi Macam Mana Nak Buat Sendiri “Donut Peach Viral” Gebu

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki Hilang Dua Hari Ditemui Maut Dalam Kereta Terbabas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*