“First Time Nangis” Anak Sebak Terkejut Jumpa Ayah Balik “Offshore” Lepas 4 Bulan

anak sebak jumpa ayah

“First Time Nangis” Anak Sebak Terkejut Jumpa Ayah Balik “Offshore” Lepas 4 Bulan

Apabila ikatan yang dibina antara ibu bapa dan anak-anak menjadi lebih kuat, perasaan sayang juga semakin mekar hingga tiada apa yang dapat pisahkan mereka.

Bagaimanapun, ketika keadaan memaksa untuk mereka dipisahkan kemungkinan anak-anak susah menerima kenyataan tersebut kerana masih belajar tentang cara penerimaan dalam kehidupan.

Ketika berjauhan, hanya panggilan video dan gambar sahaja yang menemani anak-anak, sehingga perasaan rindu yang terbuku dalam hati menggunung tinggi.

Dan apabila jarak tidak lagi menjadi penghalang, kehadiran orang tersayang di hadapan mata mampu menghilangkan selautan rasa rindu itu.

BACA: (Video) “Jangan Tahan-Tahan Yer..”, Netizen Teruja Gadis ‘Offshore’ Kongsi Tandas Atas Pelantar, Terus ‘Buang’ Ke Laut

Anak sebak jumpa ayah selepas empat bulan

Seperti yang berlaku kepada kanak-kanak yang tular di media sosial, apabila ibunya memberi kejutan kepadanya dengan membawa orang yang paling dirindui di hadapannya.

Difahamkan, ayah tersebut terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anaknya di rumah kerana keperluan kerja “offshore” dan mereka tidak berjumpa sesama sendiri selama empat bulan.

Dalam video yang dimuat naik oleh ibunya (@saqinahmansor), ia memaparkan kanak-kanak itu sedang leka bercerita tentang kejadian yang berlaku dalam hidupnya tanpa menyedari ayahnya berada di luar kereta.

Ketika sedang asyik bercerita, ayahnya mengetuk tingkap kereta dan dengan perasaan gembira serta bersemangat, kanak-kanak itu mengukir senyuman yang lebar.

Daddy!” jeritnya.

“Assalamualaikum cik, sila duduk belakang cik,” seloroh ayahnya sambil tersenyum.

Kredit: @saqinahmansor/TikTok

Kanak-kanak itu kemudiannya keluar daripada kereta dan menyambut tangan ayahnya untuk salam.

Anak-beranak tersebut berpelukan antara satu sama lain sambil si ayah bertanya soalan kepada anak lelakinya.

“Dah besarlah dia. Abang kan nak kejutan, kan daddy dah suprise kan abang,” ujarnya ayahnya.

Kemungkinan anaknya masih lagi menghadam situasi tersebut dan akibat terlalu rindu secara tidak langsung perasaan sebak muncul kemudian dia mula mengalirkan air mata.

Kali pertama anak menangis

Kredit: @saqinahmansor/TikTok

Menurut ibunya, anaknya memang gembira sekiranya ayahnya membuat kejutan seperti itu namun ini merupakan kali pertama kanak-kanak itu menangis.

“Sejak kebelakangan ini memang nampak dia rindu daddy. Asyik tanya bila daddy nak balik. Kadang-kadang tanya daddy ada line tak untuk panggilan video.

“Nak pergi sekolah minggu ni pun lemau je pagi-pagi. Jarang dia macam ni. Tidak tahulah apa yang dia pendam, mungkin terlalu rindu.

“Alhamdulillah, bertiga kembali kami selepas empat bulan setengah,” memetik kapsyen ibunya.

@saqinahmansor

Dia memang suka kalau surprise bila daddy balik. Momi rasa dia memang suka perasaan bila nampak daddy balik. Tapi kali ni extra sikit drama, 1st time dia nangis bila daddy turun kapal. Sebenarnya lately ni memang nampak dia rindu daddy. Asyik tanya bila daddy nak balik. Kadang2 tanya daddy ada line tak untuk video call. Nak pergi sekolah minggu ni pun lemau je pagi2. Jarang dia macam ni. Tak tahu lah apa yang dia Pendam. Mungkin terlalu rindu. Alhamdulillah.. bertiga kembali kami selepas 4 bulan setengah. Enjoy this precious moment abang Sayf! 🥰 Khamis . 5 Oktober 2023 #seafarerslife #pjj #fyp

♬ Buah Hati – Armada

Sumber: @saqinahmansor/TikTok

The post “First Time Nangis” Anak Sebak Terkejut Jumpa Ayah Balik “Offshore” Lepas 4 Bulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*