Gara-Gara Makan Salji, Lelaki Ini Demam Teruk 8 Hari Di Jepun

Gara-gara makan salji

Gara-Gara Makan Salji, Lelaki Ini Demam Teruk 8 Hari Di Jepun

Negara empat musim sering menjadi pilihan bagi ramai pelancong dari Asia Tenggara untuk dilawati.

Dalam banyak musim yang ada, sudah tentu musim sejuk atau musim salji menjadi pilihan kita, kan?

Pengalaman melawat negara luar yang berada dalam fasa musim sejuk menjadi ‘bucket list’ ramai kaki melancong.

Apabila tiba di negara itu, banyak kenangan bersama salji akan diabadikan dan dimuat naik di media sosial.

Memori yang sama turut dirasai seorang lelaki yang teruja dapat menjejakkan kaki di Jepun ketika musim sejuk.

Pun begitu, bukan pengalaman indah yang dikongsikan oleh beliau sebaliknya detik cemas jatuh sakit dan demam teruk selama lapan hari di sana.

Perkongsian itu telah dikongsikan oleh lelaki berkenaan menerusi TikTok, @hermanrawi. 

Menurut Herman, dia jatuh sakit gara-gara makan salji di kawasan dia lawati ketika berada di Jepun.

Gara-gara makan salji
Kredit TikTok

“Salah satu sebab aku demam, batuk, selesema teruk dan sakit badan selama lapan hari dekat  Jepun. Habis kacau itinerari aku,” tulis Herman pada video muat naik tersebut.

Gara-gara makan salji
Kredit TikTok

Menerusi video itu lagi, Herman yang dilihat teruja tanpa teragak-agak untuk menikmati bola salji berkenaan.

Gara-gara makan salji

Rasa macam ais

“Ia rasa macam ais,” kata Herman selepas memakan salji tersebut.

Namun begitu, apa yang dia tidak sedari adalah tindakan tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada dirinya sendiri.

Menurut Herman, tindakan tersebut adalah salah satu punca dia jatuh sakit ketika berada di negara Matahari Terbit itu sehingga menjejaskan aktiviti yang dirancang.

Dia juga mengingatkan orang ramai yang melancong ke luar negara pada musim sejuk supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ada sebahagian netizen turut berkongsi pengalaman yang sama.

“Saya pernah rasa masa dekat Jeju, Korea. Rasa fresh gila ya. Alhamdulillah la tak ada sakit perut demam ke apa. Nganga masa salji tengah turun,” kongsi netizen tersebut.

Apa itu salji?

Menurut Premier Health, salji adalah sejenis empeng yang diperbuat daripada air. Pun begitu, beberapa benda asing mungkin boleh ditemui di dalam salji, termasuk garam dan bahan kimia.

Salji segar mungkin kurang tercemar kerana ia kurang terdedah kepada persekitaran tercemar dalam tempoh yang lama.

Kajian yang dibuat mendapati, punca salji menjadi tercemar antaranya disebabkan terdedah kepada bahan kimia daripada ekzos kenderaan.

Dalam kajian itu lagi, salji segar yang turun dan diuji pada hari yang sama didapati kurang bakteria berbanding salji yang turun dan diuji dua hari kemudian.

Kajian itu juga mendapati salji pertama yang turun pada musim salji didapati mengandungi lebih banyak pencemaran.

Salji-salji terawal didapati ‘mengikat’ banyak kandungan asing dalam udara, menjadikan salji-salji yang turun selepas itu kurang mengandungi benda asing.

Namun begitu, tahap pencemaran salji itu bergantung kepada lokasi salji itu turun.

Kesimpulannya, salji masih boleh dimakan, tetapi pastikan lokasi salji itu turun bebas daripada pencemaran yang teruk dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Tetapi, yang lebih selamat adalah cuba elak daripada makan salji.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: TikTok/@hermanrawi, Premier Health

The post Gara-Gara Makan Salji, Lelaki Ini Demam Teruk 8 Hari Di Jepun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*