Gempa Bumi Di Turkiye, Syria: Masjid Dan Surau Di Wilayah Persekutuan Anjur Solat Hajat, Doa Selamat Hari Ini

masjid wilayah solat hajat

Gempa Bumi Di Turkiye, Syria: Masjid Dan Surau Di Wilayah Persekutuan Anjur Solat Hajat, Doa Selamat Hari Ini

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya akan mengadakan solat sunat hajat pada hari ini, bagi memohon doa kesejahteraan susulan bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia akan dilaksanakan selepas solat Maghrib dan seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta melaksanakan ibadah sama.

“Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk tujuan mendoakan kesejahteraan buat negara Turkiye dan Syria.

BACA JUGA: Gempa Turkiye: Lebih 100 Orang Termasuk Di Syria Terkorban

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan operasi menyelamatkan mangsa. Marilah kita berdoa agar kesemua mangsa bersama ahli keluarga diberikan kesabaran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah selatan Turkiye Kahramanmaras pada awal pagi Isnin, dan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan itu berpusat di Daerah Pazarcik.

Menurut laporan media, gempa bumi yang melanda selatan Turkiye itu telah meragut 912 nyawa di Turkiye, manakala 476 lagi kematian direkodkan di Syria, dan setakat ini Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam bencana itu.

Sumber: BERNAMA 

The post Gempa Bumi Di Turkiye, Syria: Masjid Dan Surau Di Wilayah Persekutuan Anjur Solat Hajat, Doa Selamat Hari Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*