Gempa bumi kuat berukuran 7.0 mangnitud melanda Utara Laut Maluku di Indonesia pada 2.06 petang pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata gempa dengan kedalaman 67 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 162 km selatan dari Pulau Talaud, Indonesia.
Bagaimanapun, pada penilaian awal tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, media melaporkan gempa bumi turut mengegar kawasan Utara Sumatera Indonesia kira-kira pukul 6.30 pagi pada Isnin.
Walaupun ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, namun rata-rata rakyat Malaysia dari kawasan Puchong dan Cheras merasakan gegaran tersebut.
Orang ramai memuat naik berkenaan gegaran itu di laman Facebook
Gempa bumi kuat M7.0 berlaku di Utara Laut Maluku pada 2:06 petang, 18 Januari 2023, berpusat di 2.7° Utara dan 127.1° Timur dengan kedalaman 67 km. 163km Selatan dari Pulau Talaud,Indonesia.Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/eBQIDCs2sn
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 18, 2023
Sumber: MetMalaysia via Twitter
BACA: Gempa Bumi Kuat Gegar Utara Sumatera, Netizen Dakwa Terasa Sampai Ke Puchong
The post Gempa Bumi Kuat 7.0 Magnitud Landa Utara Laut Maluku, Indonesia appeared first on Siakap Keli.
Be the first to comment