Gempa Bumi Kuat Landa Utara Halmahera, Indonesia Pagi Tadi

gempa bumi utara halmahera

Gempa Bumi Kuat Landa Utara Halmahera, Indonesia Pagi Tadi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu kejadian gempa bumi kuat menggegar Utara Halmahera, di Indonesia pagi tadi.

Dalam kenyataanya di Twitter, gempa bumi kuat itu berlaku pada jam kira-kira 4:02 pagi (waktu Malaysia), 24 Februari 2023.

Pusat gempa tersebut berada pada koordinat 3.4° Utara dan 128.2° Timur dengan gempa berkekuatan 6.4 Magnitud.

Jarak pusat gempa tersebut terletak 192km tenggara daripada kawasan terdekatnya, Pulau Talaud. Manakala gempa berlaku pada kedalaman 112 kilometer.

Tambah MetMalaysia, gempa tersebut tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami kepada kawasan persekitaran, termasuklah kepada perairan negara.

Semalam, gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter turut dilapor melanda Tajikistan. Gegaran itu turut dirasai di wilayah autonomi Xinjiang di barat laut China, lapor Xinhua.

Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan jiwa dan tiada pengesahan rasmi berhubung sebarang kerosakan harta benda setakat ini, kata ketua daerahnya, Zapar.

Bukan itu sahaja, bekalan elektrik dan talian komunikasi di Kashgar turut dilaporkan tidak terjejas.

Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC) memaklumkan pusat gempa dipantau berada pada 37.98 darjah utara dan 73.29 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer.

Perkembangan terkini mengenai gempa bumi Turkiye

Memetik Bernama, angka kematian akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye pada 6 Feb kini meningkat kepada 43,556 nyawa, kata Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu pada Rabu.

Soylu membuat kenyataan itu ketika bersiaran langsung di Hatay, antara 11 wilayah yang terjejas akibat bencana gempa bumi.

Kerajaan memerlukan tempoh masa tertentu untuk memberikan tindakan balas apabila berhadapan dengan situasi genting ini.

Terdapat kira-kira 26,000 kediaman runtuh pada satu jam pertama dan malapetaka itu melanda kawasan seluas 110,000 kilometer persegi (42,471 batu persegi).

Gempa bumi yang berpusat di Kahramanmaras turut memberikan kesan kepada 10 wilayah lain salain daripada  Hatay. Antaranya, Gaziantep, Adıyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye, Sanliurfa dan Elazig.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata, kerajaan akan mula membina lebih 200,000 kediaman seawal Mac di kawasan bencana dan pembinaan dijangka siap dalam tempoh satu tahun.

BACA: Mampu Ke Malaysia Terus Bertahan Dengan Bajet Defisit?

Sumber: MetMalaysia via Facebook

The post Gempa Bumi Kuat Landa Utara Halmahera, Indonesia Pagi Tadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*