“Gol Itu Hadiah Untuk Dia,” Safawi Dedah Syifa Melvin Hamil Enam Bulan

Safawi syifa melvin hamil

“Gol Itu Hadiah Untuk Dia,” Safawi Dedah Syifa Melvin Hamil Enam Bulan

Selepas menjaringkan gol ketiga buat skuad kebangsaan dalam perlawanan Malaysia menentang Kepulauan Solomon, sambutan gol pemain sayap negara, Muhammad Safawi Rasid, 26,  menjadi tanda-tanya peminat bola tanah air apabila dia bertindak memasukkan bola ke dalam bajunya.

Syifa Melvin Mengandung Enam Bulan – Safawi

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di TikTok, dia mendedahkan bahawa isterinya, Syifa Melvin kini sedang mengandung enam bulan.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata demikian sewaktu ditemu bual oleh pihak media.

“Ya, pregnant. Gol tadi hadiah kepada isteri saya. Jadi, tolong doakan semuanya selamat,” ujarnya sewaktu diajukan soalan mengenai sambutan gol tersebut.

Tambah Safawi, dia turut memberitahu bahawa usia kandungan kini sudah hampir memasuki enam bulan.

“Dah nak masuk enam bulan,” katanya lagi.

@nadhieeerah

Pawi sahkan Syifa sudah 6 bulan pregnant! 😍 #harimaumalaya #safawirasid

♬ original sound – nadhieeerah – nadhieeerah

Gol Cantik Safawi Dapat Perhatian Media Antarabangsa

Selepas perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Kepulauan Solomon semalam, jaringan Safawi telah mencuri perhatian media.

Menerusi ciapan Twitter rasmi milik Bleacher Report (B/R Football, sebuah portal sukan terkenal mencadangkan jaringanya ditambah dalam senarai Anugerah Puskas.

“Tambah (gol) Safawi Rasid ke senarai Puskas,” tulis B/R Football dalam satu ciapan ringkas.

Safawi yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol.

Gol berkenaan hadir selepas Safawi berjaya mengawal bola hantaran Lee Tuck dengan penuh bergaya dan menewaskan pertahanan lawan sebelum membuat percubaan cantik menerjah gawang gol lawan.

Malaysia Bangkit Benam Kepulauan Solomon 4-1

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam, pelawat yang berada di kedudukan ke-134 terlebih dahulu di depan seawal minit ke-11.

Harimau Malaya yang kini di ranking 138 dunia pantas memperkemaskan permainan dan mengasak kubu lawan untuk mencari jaringan penyamaan.

BACA JUGA: Safawi Ketinggalan Lebih 200 Ribu Undi, Perlukan Sokongan Rakyat Malaysia Untuk Muncul Gol Terbaik Asia

Anak-anak buah Kim Pan Gon akhirnya berjaya menyamakan kedudukan semula menerusi gol Paulo Josue pada minit ke-40. Sebelum separuh masa pertama berakhir, Arif Aiman Hanapi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-47.

Kemudian, Safawi berjaya memenuhi jangkaan ramai apabila berjaya menyudahkan peluang hasil hantaran cantik daripada Lee Tuck. Dengan skill kawalan bola yang sangat baik, beliau berjaya menambah jaringan ketiga pada minit ke-77.

Sebelum perlawanan berakhir, Lee Tuck menjaringkan gol keempat skuad kebangsaan pada minit ke-91. Jaringan itu sekaligus melengkapkan malam gemilang buat bola sepak negara.

Sumber: TikTok @nadhieeerah 

The post “Gol Itu Hadiah Untuk Dia,” Safawi Dedah Syifa Melvin Hamil Enam Bulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*