Pernah Terfikir Nak Ubah Tapi Tak Jadi, Hajime Isayama Jelaskan Kenapa AOT Tiada “Happy Ending”

hajime isayama aot

Pernah Terfikir Nak Ubah Tapi Tak Jadi, Hajime Isayama Jelaskan Kenapa AOT Tiada “Happy Ending”

Setelah sedekad disiarkan sejak 2013 lalu, anime Attack On Titan (AOT) akhirnya melabuhkan tirai pada Sabtu lalu.

Memetik Dexerto, anime adaptasi karya manga Hajime Isayama tersebut telah mencetuskan perdebatan antara peminatnya bahkan sejak manga itu berakhir pada tahun 2021.

Meskipun ramai yang memuji pengakhiran anime dari negara matahari terbit itu, namun terdapat juga segelintir peminat yang tidak berpuas hati dengan pengakhirannya kerana tidak seperti yang diharapkan.

Susulan itu, pengarang AOT, Hajime Isayama memecahkan kebuntuan para peminat anime itu dalam satu temubual bersama akhbar The New York Times baru-baru ini.

Ketika disoal adakah berlaku banyak perubahan terhadap pengakhiran siri itu, Isayama menjawab tidak berbanding pada awal penulisannya.

BACA JUGA: Bahagian Akhir AOT Makin Hampir, Eren Yeager Bakal Ditemu Bual Dalam Program TV

hajime isayama aot
Gambar: Twitter @AotWiki

“Sepanjang penceritaan, aspek tertentu (plot) tidak berjalan seperti yang diharapkan, dan saya menyesuaikan serta menyempurnakan aspek tersebut. Tetapi, saya boleh katakan, pengakhiran tersebut tidak banyak berubah.

“Terdapat di mana adegan yang menjadi perdebatan antara Armin dan Eren yang berterima kasih kepada Eren atas tindakannya. Boleh kamu semua jelaskan maksud di sebalik perbualan itu?

“Ideologi yang saya ingin sampaikan adalah Armin tidak sepenuhnya menolak tindakan Eren demi keadilan atau sebaliknya. Ia lebih kepada kemahuannya, dalam erti kata lain, Armin mengambil tanggungjawab bersama.

“Dia mahu berkomplot dengan Eren. Jadi dia perlu memastikan bahawa dia menggunakan kata-kata yang sangat kuat supaya dia boleh menanggung dosa-dosa itu ke atas dirinya. Dan itulah maksud di sebaliknya,” jelasnya.

Kenapa Eren Tiada Pilihan Lain?

Gambar: Twitter @AotWiki

Menurut RadioTimes.com, Isayama menyifatkan kisah hidupnya dan Eren mempunyai persamaan.

BACA JUGA: “Confirm” Bertambah Nasi, Resepi Ikan Kembung Rebus & Air Asam Cabai Picit Wajib Cuba

“Sebenarnya, keadaan yang dialami oleh Eren dalam manga ini juga mempunyai persamaan dengan kisah hidup saya. Semasa saya mula menulis siri ini, saya bimbang kerana ia akan dibatalkan. Ia adalah kerja yang tiada siapa yang tahu, namun saya telahpun mula dengan mempunyai pengakhiran dalam fikiran saya.

“Dan AOT ini akhirnya dibaca oleh sebahagian besar orang hingga menyebabkan saya seolah-olah mempunyai tanggungjawab besar dan ia membuatkan saya tidak selesa.

“Alangkah baiknya jika saya boleh ubah kesudahannya. Penulis manga sepatutnya bebas menulis. Tetapi jika saya betul-betul bebas, maka sepatutnya saya dapat mengubah pengakhirannya.

“Saya boleh mengubahnya tetapi saya terikat dengan apa yang saya bayangkan pada awalnya. Oleh itu, manga menjadi satu bentuk seni yang sangat sulit untuk saya sama seperti kuasa besar yang dimiliki oleh Eren yang akhirnya menyekatnya sendiri,” kata Isayama.

Sebuah Pengakhiran Yang Bahagia Atau Sedih?

Gambar: Twitter @AotWiki

Mengulas lebih lanjut mengenai masa depan dalam episod terakhir AOT, Isayama memberitahu pada awalnya dia juga merasakan siri tersebut sepatutnya tamat dengan bahagia dan peperangan berakhir, lapor Winter Is Coming.

“Saya rasa mungkin pengakhirannya adalah sebuah pengakhiran yang bahagia dimana perang berakhir dan semua kembali seperti biasa.

“Tetapi, pada masa yang sama saya rasa kesudahan yang memaparkan perbalahan dan peperangan itu adalah sentimental.

“Jadi, saya terpaksa melupakan pengakhiran bahagia itu, kerana ia tidak logik dalam dunia yang dialami kita sekarang,” katanya.

Perasaan Isayama

hajime isayama aot
Gambar: YOHAN BONNET / AFP

Kata Isayama lagi, dia gembira kerana AOT dapat memikat penonton hingga ke seluruh dunia. Apatah lagi, dia tidak pernah menyangka siri itu bakal ‘meletop’.

BACA JUGA: Kereta Tak Hidup Sebab Bateri Hampir ‘Kong’, Ini Yang Anda Perlu Lakukan

Untuk makluman, siri anime Attack On Titan telah ditayangkan sejak tahun 2013 dan berakhir pada 4 November lalu.

Manakala manganya pula telah diterbitkan dari tahun 2009 hingga 2021. Sejak tayangan anime itu, ia menjadi salah satu rancangan paling popular di internet.

Sumber: Dexerto.com, Winter Is Coming, Radio Times.com

The post Pernah Terfikir Nak Ubah Tapi Tak Jadi, Hajime Isayama Jelaskan Kenapa AOT Tiada “Happy Ending” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*