Google, Amazon & Microsoft Dapat Permit Buka ‘HQ’ Di Arab Saudi

google permit arab saudi

Google, Amazon & Microsoft Dapat Permit Buka ‘HQ’ Di Arab Saudi

Menurut data rasmi, gergasi industri seperti Google, Amazon dan Microsoft merupakan antara syarikat yang telah memperoleh permit untuk menempatkan ibu pejabat mereka di Arab Saudi.

Syarikat-syarikat itu telah mendapatkan lesen pada waktu yang tepat untuk mereka melayakkan syarikat masing-masing mendapatkan kontrak daripada kerajaan Arab Saudi.

Lesen itu diperlukan kerana pada 2023, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan syarikat antarabangsa yang tidak mempunyai ibu pejabat Timur Tengah di Riyadh tidak akan dapat menjalankan operasi mereka.

Tarikh akhir bagi syarikat-syarikat itu untuk mendapatkan permit adalah 1 Januari 2024 dan Kementerian Pelaburan Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan data yang menunjukkan beberapa syarikat terbesar di dunia sudah berjaya mendapatkan permit masing-masing.

Berdasarkan data tersebut, Google telah mendapatkan lesennya pada 14 Disember. Manakala Microsoft dan Amazon pula masing-masing mendapatkan lesen pada 26 dan 27 Disember.

Selain tiga gergasi berkenaan, syarikat lain seperti Airbus, Oracle dan Pfizer juga turut mendapatkan lesen mereka sebelum tarikh akhir.

Di laman web rasmi Kementerian Pelaburan Kerajaan Saudi, ia menunjukkan bahawa lesen yang sudah diperolehi sah selama lima tahun selepas ia dikuat kuasakan.

BACA JUGA: Pemenang Golden Globe, Hayao Mizaki Dengan Filem The Boy And The Heron

Selain itu, sebanyak 200 syarikat antarabangsa turut menerima kebenaran untuk menubuhkan ibu pejabat mereka di Arab Saudi sebelum 1 Januari.

Manakala syarikat-syarikat lain seperti Northern Trust, Hotel & Resort IHG serta Deloitte sudah pun menubuhkan ibu pejabat mereka di Arab Saudi.

Difahamkan program itu merupakan gabungan inisiatif antara Kementerian Pelaburan dan Suruhanjaya Diraja untuk Bandaraya Riyadh.

Pada November lalu, Menteri Pelaburan Khalid Al-Falih memberitahu Bloomberg bahawa Arab Saudi telah melepasi sasaran untuk menarik 160 syarikat antarabangsa ke Kerajaan Saudi di bawah skim itu.

Pada Disember pula, Arab Saudi mengumumkan bahawa ia akan menawarkan insentif kewangan untuk syarikat luar negara yang menubuhkan ibu pejabat mereka di negara itu, termasuklah pengecualian cukai pendapatan korporat selama 30 tahun.

Selain itu, syarikat antarabangsa yang mempunyai pangkalan di Arab Saudi juga akan mendapat faedah istimewa jika mereka mematuhi keperluan Saudisasi.

Sumber: Arab News

The post Google, Amazon & Microsoft Dapat Permit Buka ‘HQ’ Di Arab Saudi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*