FASHA SANDHA: “NAK HINA BERBAKUL-BAKUL SILAKAN… JANGAN SENANG MELABEL SAYA ‘HIPOKRIT’ HANYA KERANA BERHIJAB KE MAJLIS TERTENTU”

“Dah lama tak tulis panjang2.. Hari ni rasa nak tulis bila terbaca ‘Hipokrit’ Dan ‘Nama pun pelakon…’ Lepas posting saya mengenakan hijab ke majlis preview berbuka puasa semalam..

“First of all, terima kasih followers kesayangan, keluarga teman media, peminat, sahabat yang berfikiran positive dan mendoakan yang baik-baik dan tidak pernah judge saya.

“Untuk yang menghina pun, saya ucapkan terima kasih, Nak hina berbakul-bakul silakan. Cuma jangan libatkan kerjaya saya sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian.

“Ya, saya hanyalah insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan. Ya, kerana saya tiada pangkat dan darjat, saya bukanlah level kayangan. Jadi anda boleh menghukum saya kerana saya tidak berhijab?

Klik untuk gambar besar

“Kerjaya saya adalah pelakon dan duta produk, ianya adalah kerjaya saya tapi bukan bererti saya milik masyarakat. Jangan senang untuk melabel saya ‘hipokrit’ hanya kerana saya berhijab ke majlis tertentu.

“Saya yakin ramai lagi wanita yang free hair yang melakukan perkara yang sama seperti saya. Cuma bukan bererti yang telah berhijab boleh menghina kami sebegitu.

“Saya tidak perlu jelaskan satu persatu kenapa, kenapa itu kenapa ini, sebab I don’t owe any explanation to anyone accept to my family, my inner circle and Allah.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*