Guna Bekas Aiskrim Pun Merimbun, Wanita Kongsi Cara Tanam Daun Kesum

cara tanam daun kesum

Guna Bekas Aiskrim Pun Merimbun, Wanita Kongsi Cara Tanam Daun Kesum

Kalau masak asam pedas wajib letak satu herba ni kalau tak mesti tak menjadi. Tumbuhan herba tersebut semestinya daun kesum yang sering digunakan dalam masakan seperti laksa atau ulam.

Apabila bercakap tentang kebaikan herba ini, daun kesum kaya dengan vitamin A dan C, beta kerotena serta kandungan mineral seperti kalsium, fosforus dan kalium.

Kebiasaannya, ramai yang memilih untuk membeli herba tersebut di kedai kerana ia lebih mudah dan harganya juga tidak mahal.

Tapi nak tahu tak, sebenarnya korang boleh je tanam daun kesum ini di rumah dengan menggunakan bahan-bahan terpakai.

Kebiasaannya perkara buatan sendiri ini (do it yourself -DIY) amat mudah untuk dilakukan dan tidak salah untuk mencuba lebih-lebih lagi jika langkah untuk membuatnya senang.

Dalam artikel kali ini, perkongsian SK lebih kepada menanam daun kesum dalam bekas seperti aiskrim.

Cara untuk menanam daun kesum ini dikongsi oleh pengguna Facebook, Rosnah Ramli yang menggunakan teknik selfwatering pot atau hidroponik.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

BACA: Kopi Campur Bara Arang? Ini Asal Usul Kopi Joss

Cara tanam daun kesum

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bekas aiskrim/berpenutup

Batang kesum

Baja AB

Air secukupnya

Cara-caranya:

Pertama sekali, letakkan hujung pisau tajam di bahagian api dapur untuk panaskan dan cucuk penutup itu mengikut ukuran batang kesum.

Kredit: Rosnah Ramli/Facebook

Kemudian, cucuk batang kesum itu di penutup.

Campur sedikit air dan juga baja AB.

Selepas itu, tutup bekas dan letakkan di tempat yang redup dan kalau boleh elakkan letak di dalam bilik air dan dapur. Sebaiknya letak di bawah pokok yang besar dan rendang.

Tumbuhan itu juga tidak perlu diperhati selalu dan tumbuhan itu juga tidak perlu dipindahkan ke tanah.

Tips bagi permulaan tanam:

Petik daun kesum tinggalkan batang saja.

Daun-daun kecil pergi bawa ke dapur masak asam pedas.

Sumber: Rosnah Ramli/Facebook

BACA: Haiwan Mana Yang Dapat Kenali Wajah Sendiri Bila Tengok Cermin?

The post Guna Bekas Aiskrim Pun Merimbun, Wanita Kongsi Cara Tanam Daun Kesum appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*