Guna Dua Bahan Je, Cara Mudah Cuci Tungku Dapur Kotor & Berkeladak Hingga Berkilat

cara cuci tungku dapur

Guna Dua Bahan Je, Cara Mudah Cuci Tungku Dapur Kotor & Berkeladak Hingga Berkilat

Dapur yang kemas dan bersih memerlukan rutin penjagaan yang teratur dan teliti. Kita tidak mahu wujud pencemaran di kawasan dapur kerana disitulah makanan kita disediakan.

Sebab itu, walaupun membersihkan dapur adalah pekerjaan yang memenatkan, namun ia adalah tugasan yang sama sekali tidak boleh diabaikan.

Walau bagaimanapun, seteliti mana pun kita, mesti ada bahagian dapur yang kurang diberikan perhatian semasa dibersihkan, kan?

Antara tempat yang kurang diberikan perhatian tentunya ruang dan celahan yang tersembunyi daripada pandangan biasa.  Namun begitu, lama-kelamaan anda tentu perasaan ada sesuatu yang tidak kena jika kawasan tersebut berterusan diabaikan.

Cara mudah cuci tungku dapur kotor dan berkeladak

Antara tempat yang jarang diberikan tumpuan adalah bahagian tertutup pada tungku dapur gas. Ketika memasak, kawasan ini akan menerima pelbagai kotoran berupa bahan-bahan masakan yang digunakan memasak.

Disebabkan suhu yang tinggi, bahan masakan yang basah dan lembab akan menjadi kering dan meninggalkan kesan kotoran dan keladak yang kekal pada bahagian tersebut.

Kotoran degil sebegini agak sukar dibersihkan dengan cara yang konvensional, yang mana ia tidak dapat dibersihkan dengan sabun biasa.

Berbekalkan serbuk penaik dan lemon, anda boleh ucap selamat tinggal terhadap dapur yang kotor dan berkeladak

Seorang pengguna TikTok yang dikenali Nikueland (@nikueland) berkongsi cara untuk membersihkan bahagian tersebut. Bahan yang diperlukan pun senang dicari.

Pertama sekali, anda perlu menaburkan beberapa sudu serbuk penaik di atas permukaan tungku dapur yang kotor dan berkeladak.

Pada masa yang sama, perahkan juga air lemon pada permukaan tersebut sambil anda menggosokan kotoran tersebut.

cara cuci tungku dapur
Kredit: TikTok

Reaksi daripada kedua-dua bahan tersebut akan menghasilkan buih dan biarkan dalam beberapa minit. Kemudian, gunakan span besi untuk mengikis semua kotoran yang berada pada permukaaan itu.

cara cuci tungku dapur
Kredit: TikTok

Setelah kotoran degil sudah tidak lagi melekat pada permukaan dapur, lapkan bahagian tersebut dengan kain buruk. Apabila semua kotoran dan keladak tidak lagi berada pada pemukaan tersebut, lap sekali lagi sehingga diyakini bersih.

@nikueland

bersihkan dapur gas anda mengunakan bahan yang ada di dalam rumah. #tipsdapur #dapurmak #dapur #cuci #CapCut

♬ original sound – Nikue Land – Nikue Land

Anda juga boleh menggunakan sabun bagi menghilangkan rasa berminyak pada bahagian tersebut.

BACA: Isteri Pengendali Kapal Selam Titan Rupanya Keturunan Mangsa Kapal Karam Titanic

Sumber: @nikueland via TikTok

The post Guna Dua Bahan Je, Cara Mudah Cuci Tungku Dapur Kotor & Berkeladak Hingga Berkilat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*