Tak Balik Rumah Sejak Selasa, Waris Minta Bantuan Kesan Lelaki Hilang

lelaki hilang selasa

Tak Balik Rumah Sejak Selasa, Waris Minta Bantuan Kesan Lelaki Hilang

Seorang lelaki dilapor hilang setelah tidak pulang ke rumah dan waris meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan mangsa.

Muhammad Syakir dipercayai hilang dan tidak dapat dihubungi selepas pulang dari tempat kerjanya sejak Selasa, 16 Januari lepas.

Berita kehilangan Syakir dimaklumkan menerusi satu hantaran Facebook yang dibuat isterinya, Ana Suriana pada pukul 2.31 petang, semalam.

“Minta jasa baik semua, sesiapa yang mengenali atau ternampak lelaki dalam gambar ini tolong hubungi keluarga beliau,” katanya.

Menurut Ana, kehilangan suaminya juga sudah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Ana lagi, lokasi terakhir suaminya berada adalah di Kl Sentral, Bangsar.

Selain itu, Syakir turut difahamkan menunggang sebuah motorsikal jenis Honda RS Repsol berwarna oren dengan nombor pendaftaran VBD 5107.

Bagi sesiapa yang memiliki maklumat yang dapat membantu pencarian Syakir, anda boleh menghubungi nombor-nombor berkenaan: 013-3651296 (Napi), 011-11225920 (Ana) dan 018-3859184 (Roslan).

Orang ramai juga boleh menghulurkan maklumat dengan menghantar mesej peribadi kepada akaun Facebook milik isterinya, Ana Suriana.

“Mohon jasa baik semua doakan suami saya dalam keadaan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah.

“Semoga suami saya pulang dlm keadaan yg selamat. In sha Allah aamiin,” tulis Ana dalam hantaran Facebooknya.

BACA: Gaji Lagi Lumayan, Pensyarah IPTS Berhenti Kerja & Jadi “Cleaner” Di Singapura

Sumber: Ana Suriana via Facebook

 

The post Tak Balik Rumah Sejak Selasa, Waris Minta Bantuan Kesan Lelaki Hilang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*