Gunung Jabal Al-Lawz Di Tabuk, Arab Saudi Ditimpa Salji Buat Kali Ketiga Musim Ini

Pelik Tapi Benar, Salji Meliputi Tabuk Jabal Al-Lawz Arab Saudi Kali Ke-3 Musim Ini

Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal Al-Lawz yang terletak di wilayah Tabuk telah diseliputi salji buat kali ketiga musim ini, lapor media tempatan, Saudi Gazette.

Salji difahamkan mula turun di kawasan berkenaan bermula sejak Disember tahun lepas dan turut dirasai penduduk di sekitar Tabuh bermula 27 Disember lalu.

Menurut Saudi Gazette lagi,  kawasan pergunungan Jabal Al-Lawz Tabuk kini menjadi kawasan pelancong dan berjaya menarik perhatian pelancong-pelancong dari luar untuk datang ke situ. Foto-foto orang ramai berkongsi gambar dan video fenomena salji di Tabuk turut menjadi tular di media sosial.

Terdahulu, Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) dalam satu laporan berkata, penurunan suhu yang signifikan dijangkan akan dirasai di beberapa wilayah Arab Saudi, termasuk Tabuk bermula seawal minggu pertama Januari 2023.

Tambah laporan itu, kawasan-kawasan seperti Tabuk, Al-Jouf, Hail dan Sempadan Utara akan menyaksikan suhu diantara 5 hongga 0 darjah celciius.

Manakala suhu diantara sembilan hingga lima darjah celcium pula dijangka akan dicatatkan di wilyah-wilayah seperti Riyadh, Al-Qassim dan bahagian utara Wilayah Timur.

Kredit: saudigazette.com

Difahamkan, fenomena salji turun di kawasan pergunungan negara yang terkenal dengan padang pasir itu bukanlah perkara yang baharu.

Untuk tahun-tahun sebelum ini juga, fenomena yang sama juga pernah dilaporkan berlaku.

BACA: Kuota Haji Untuk Jemaah Malaysia Tahun Ini 31,600 Orang – Dr. Na’im

Sumber: Saudi Gazette

The post Gunung Jabal Al-Lawz Di Tabuk, Arab Saudi Ditimpa Salji Buat Kali Ketiga Musim Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*