HABIB Abadikan Hadiah Kebahagiaan, Melakar Semangat Serta Warisan Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan

KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2023: HABIB mengangkat keindahan barangan kemas dan kebahagiaan sebagai elemen yang istimewa dan saling melengkapi. Di dalam setiap kotak barangan kemas HABIB bukan sahaja terdapat sesuatu yang bermakna, malahan juga terdapat sumber kebahagiaan dan kegembiraan yang abadi. Setiap pembelian menggambarkan sebuah detik kebahagiaan, baik untuk diri sendiri atau yang tersayang. Tahun ini, kempen Merdeka HABIB mempersembahkan ‘The Gift of Happiness’, pada masa yang sama menampilkan pameran barangan kemas di ruangan legar KLCC dari 3 hingga 13 Ogos 2023.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib berkata, “Kami berpegang teguh kepada usul, untuk terus memberi komitmen yang terbaik buat para pelanggan. Teras utama kami, ‘The Gift Of Happiness’ melambangkan identiti kami sebagai sebuah jenama buatan Malaysia, dan kami mempunyai matlamat yang sungguh besar untuk merealisasikannya. Tujuan kami mengutamakan ‘The Gift Of Happiness’, atau Hadiah Kebahagiaan, adalah untuk berkongsi kegembiraan bersama insan yang tersayang serta merakam memori indah ketika saling berganti hadiah. Kami juga menggabungkan elemen kebanggaan Malaysia, diilhamkan daripada bendera Jalur Gemilang yang diabadikan pada visual kempen”.

“Selain itu, sebagai penghargaan kepada warisan Malaysia yang kaya, kami memperkenalkan koleksi terbaharu Wafer Syiling Emas 999.9 yang menampilkan pelbagai jenis rekaan kebaya tradisional dan moden, dipadankan bersama kerongsang tradisional. Kami menerapkan elemen seni budaya dan keunikan di Malaysia ke dalam koleksi ini bagi memberi pendedahan kepada umum, terutama sekali buat pelanggan yang kami hargai serta warisan negara yang disanjungi. Setiap rekaan Wafer Syiling Emas Edisi Kebaya kali ini menceritakan sedikit sebanyak tentang intipati identiti Malaysia, sebagai peringatan tentang komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pelanggan kami yang dihargai,” tambah Dato’ Sri Meer Habib.

 

Koleksi Wafer Syiling Emas 999.9 edisi Merdeka yang indah ini meraikan fesyen, warisan, dan kebanggaan negara Malaysia. Sebagai pakaian tradisi yang menyatukan naratif budaya, koleksi ini mempamerkan stail Baju Kebaya yang ikonik, dan menampilkan lima variasi rekaan Kebaya dari pelbagai asal usul.

Didorong oleh keinginan untuk membawa kebahagiaan kepada orang lain melalui pemberian yang bermakna, Dato’ Sri Meer Habib menjelaskan inspirasinya, “Sebagai seorang pemerhati muda suatu masa dahulu, saya amat terharu dengan keinginan ayah saya untuk menyajikan pelanggan dengan permata berharga. Kegembiraan dan keyakinan yang terpancar pada wajah setiap pelanggan, apabila memiliki permata berkilauan meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya justeru mendorong saya untuk meneruskan legasi HABIB.”

Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba pada bulan yang penuh bersejarah ini, HABIB, sebagai jenama tempatan, amat berbangga dalam mengekalkan identiti dan budaya melalui sokongan terhadap artis tempatan dan kumpulan pereka dalaman yang sangat berbakat. Usaha murni mereka memainkan peranan penting dalam menempatkan jenama ini di persada dunia.

Menerajui semangat dan kebanggaan Malaysia sentiasa menjadi nilai asas HABIB. Koleksi yang menampilkan rekaan yang mengabadikan budaya dan seni tradisional Malaysia, merupakan salah satu usaha untuk memberi penghargaan kepada warisan tempatan. Azam ikhlas berbakti untuk mendorong golongan tempatan menghargai keindahan di Malaysia merupakan sesuatu yang sentiasa ingin dicapai oleh HABIB, seperti yang dipamerkan dalam Koleksi Oro Italia 916. Menampilkan sentuhan bermutu terbaik dari Itali, koleksi ini benar-benar menonjolkan intipati kekaguman HABIB terhadap budaya warisan dan keindahan Malaysia.

Bagi mereka yang ingin menikmati tawaran dan diskaun hebat, kunjungi Pameran Barangan Kemas di KLCC di mana anda boleh menikmati potongan sehingga RM30 setiap gram untuk emas 916/999. Selain itu, dengan pembelian RM4,000 untuk barangan kemas emas, berlian, dan batu permata, anda juga berpeluang untuk memiliki hadiah istimewa. Di samping itu, anda mempunyai peluang keemasan untuk mendapatkan perundingan reka bentuk barang kemas secara percuma di pameran ini.

Nikmati tawaran Jualan Merdeka HABIB, yang kini berlangsung di seluruh bilik pameran HABIB bermula 1 Ogos sehingga 3 September 2023. Jangan ketinggalan promosi ekstravaganza selama sebulan ini!

The post HABIB Abadikan Hadiah Kebahagiaan, Melakar Semangat Serta Warisan Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*