Belajar Jahit Kasut Dari Bekas Banduan, Bisnes Abang Ni Dah Bertahan 2 Dekad

deen top cobbler

Belajar Jahit Kasut Dari Bekas Banduan, Bisnes Abang Ni Dah Bertahan 2 Dekad

Industri membaiki kasut dan barangan kulit merupakan salah satu industri yang boleh dikatakan ‘underrated’ dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hakikatnya, ramai akan mencari golongan yang berkemahiran dalam bidang ini apabila berdepan dengan situasi terdesak seperti tapak kasut tercabut, tali beg putus dan sebagainya.

Oleh sebab itu, seseorang boleh menjana dalam lingkungan RM3,000 ke atas dengan berbekalkan kemahiran serta sifat rajin berusaha.

Bagi slot Ini Kisah Aku kali ini, mari kita menelusuri kisah seorang pengusaha perkhidmatan membaiki kasut dan barangan kulit di Kajang.

Deen atau nama sebenarnya Amdan Bulat (57 tahun) merupakan pemilik perusahaan Deen Otai Top Cobbler Shoes di Kajang Utama, Selangor.

deen top cobbler

Beliau merupakan anak kelahiran Perlis dan membesar di negeri Jelapang Padi, Kedah. Sebelum berkecimpung dalam bidang ini pada tahun 2000, Deen telah berhijrah dan bekerja dalam sektor lain.

Ketika era 80-an, keadaan ekonomi kurang memberangsangkan serta peluang pekerjaan semakin berkurangan. Apabila semakin berkurang, Deen membuat keputusan untuk berhijrah ke pelbagai tempat, antaranya Kuala Lumpur dan Singapura.

Jelas Deen, nasibnya di ibu negara Malaysia kurang memberangsangkan apabila beliau terpaksa pulang selepas berada di sana sekitar enam bulan.

Namun ini tidak menghalang Deen daripada berhijrah sekali lagi. Selepas itu, beliau telah berhijrah ke negara jiran iaitu Singapura dan bekerja dalam sektor kejuruteraan perkapalan.

Sungguhpun begitu, beliau tidak dapat bekerja di sana selama-lamanya. Pada 1998, ekonomi Malaysia telah jatuh merudum.

Perkara ini sekali gus memberikan kesan terhadap Deen yang ketika itu bekerja di Singapura. Passport yang digunakan untuk merentas sempadan negara tidak dapat digunakan untuk memasuki Singapura.

“Akhirnya, kita buat keputusan untuk buat bisnes secara kecil-kecilan,” kata Deen kepada rakan-rakanya ketika menghadapi situasi tersebut.

Sekecil-kecil jarum boleh cipta kerjaya yang bertahan selama dua dekad

Siapa sangka idea beliau untuk membuka perniagaan ini telah dicetuskan, hanya dengan satu objek yang sangat kecil iaitu jarum.

Ketika mencari peluang atau inspirasi di pasar lambak, tiba-tiba beliau ternampak seorang penjual yang menjual pelbagai jenis jarum.

“Sebagai seorang yang meminati kerja-kerja kreatif, tercetuslah rasa minat ketika melihat individu terbabit menjual jarum di sana,” kata Deen.

Dengan ini, Deen membuat keputusan untuk membeli jarum menjahit kasut daripada individu berkenaan.

“Kalau aku buat (sesuatu dengan) jarum ni, aku akan mendapat hasil,” kata Deen seusai tiba di rumahnya sambil melihat jarum kasut yang dibelinya buat kali pertama.

deen top cobbler

Untuk makluman, Deen pada awalnya tidak mempunyai pengetahuan berkenaan cara untuk membaiki kasut.

Akan tetapi, beliau sesekali tidak lokek untuk meminta ilmu dan dan belajar dari individu-individu yang berkemahiran dan berpengalaman di jalanan.

Untuk mengetahui perjalanan hidup pemilik Deen Otai Top Cobbler Shoes, Kajang Utama dengan lebih lanjut, anda boleh menonton video di bawah untuk menyelami pengalaman hidupnya selama menceburi dalam perniagaan ini selama dua dekad.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat membaiki kasut, beg atau barangan kulit di sekitar kawasan Kajang dan berdekatan dengannya, anda boleh menghubunginya menerusi Facebook ataupun menerusi talian +601156644269.

BACA: Kafe Ada “Safe Zone” Untuk Anak Istimewa, Mudahkan Ibu Bapa Ketika Makan

The post Belajar Jahit Kasut Dari Bekas Banduan, Bisnes Abang Ni Dah Bertahan 2 Dekad appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*