Had Laju Jalan Persekutuan Dikurangkan 10km/j Sempena Tahun Baharu Cina

Had Laju Dikurangkan cina

Had Laju Jalan Persekutuan Dikurangkan 10km/j Sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bermula 8 Feb hingga 13 Feb sempena perayaan Tahun Baharu Cina, hujung minggu ini.

Kementerian Kerja Raya (KKR), dalam kenyataan semalam, memaklumkan sepanjang tempoh itu, had laju di jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j.

Kementerian itu memaklumkan pengurangan had laju sementara itu merupakan antara langkah keselamatan dan pemantauan diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang sering berlaku pada musim perayaan.

Kenyataan itu menyebut kementerian pada tempoh sama menjalankan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2024.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan supaya tidak mengganggu aliran trafik sepanjang tarikh operasi kecuali kerja-kerja kecemasan.

“Ini sejajar dengan semangat dan aspirasi Program MyJalan yang dilancarkan KKR untuk semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan diutamakan khususnya di jalan persekutuan,” menurut KKR.

BACA: Rasa Nak Bersara Awal, Ketahui Syarat-Syarat Sebelum Mohon

Sumber: Bernama

 

The post Had Laju Jalan Persekutuan Dikurangkan 10km/j Sempena Tahun Baharu Cina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*