Hairan, Kenapa Tak Pernah Nampak Anak Burung Merpati? Ini Dua Sebab Ramai Tak Sangka

anak merpati jarang dijumpai

Hairan, Kenapa Tak Pernah Nampak Anak Burung Merpati? Ini Dua Sebab Ramai Tak Sangka

Burung merpati adalah satu burung yang mudah ditemui di kawasan bandar. Kalau anda perasan, burung merpati seperti hidup dalam koloni yang besar di tengah-tengah kota.

Jadi, tak hairanlah apabila anda cuba memberi makan kepada burung merpati, kelompak yang besar akan tiba-tiba berkumpul.

Namun begitu, kita jarang atau langsung tidak pernah melihat anak burung merpati berada bersama-sama kelompok burung-burung merpati yang dewasa, kan?

Pernah tak anda tertanya-tanya, dimana anak burung anak merpati ini? Mengapa anak burung merpati seolah-olah tidak wujud dan langsung tidak kelihatan?

Sebenarnya, anak burung merpati memang wujud namun ada beberapa sebab kenapa anak burung merpati tidak pernah kelihatan di mana-mana.

Salah satu puncanya adalah burung merpati selalunya akan membina sarangnya di tempat yang terasing daripada penempatan manusia seperti di kawasan menyerupai gua ataupun tebing.

Untuk makluman, gua dan tebing merupakan tempat tinggal keturunan haiwan unggas di kawasan Mediterranean di masa lampau.

Namun begitu, di kota-kota besar, burung merpati didapati bersarang di celah-celah bangunan, di kawasan bumbung atau dibawah jambatan.

Asasnya, burung merpati akan bersarang akan bersarang di kawasan yang terasing dan tersorok.

Selain itu, anak burung merpati juga menghabiskan masa yang sangat lama di dalam sarang iaitu kira-kira empat hingga enam minggu.

Dengan erti kata lain, anak burung merpati akan menetap di sarangnya sehingga mencapai saiz seperti merpati dewasa.

Merpati sebenarnya ibu bapa yang baik

Di kota-kota besar, burung merpati dianggap seperti tikus bersayap. Namun begitu, ramai yang tidak tahu burung merpati adalah ‘ibu bapa’ yang baik kepada anak-anak burung merpati.

Menurut pengkaji, burung merpati jantan dan betina saling menjaga anak burung merpati di dalam sarang seperti mencari makanan dan sebagainya.

Jadi, sebab itulah anda mungkin jarang atau tidak pernah melihat anak burung merpati berada dalam kawanannya.

BACA: Laut Antartika Sangat Sejuk, Tetapi Kenapa Ikan Disana Tak Beku Macam Dalam Peti Ais? Ini Jawapannya

Sumber: Mental Floss

 

The post Hairan, Kenapa Tak Pernah Nampak Anak Burung Merpati? Ini Dua Sebab Ramai Tak Sangka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*