Angin Kencang & Ribut Petir Dijangka Badai Beberapa Tempat Termasuk Lembah Klang Sehingga 10 Malam Ini

angin kencang & ribut petir

Angin Kencang & Ribut Petir Dijangka Badai Beberapa Tempat Termasuk Lembah Klang Sehingga 10 Malam Ini

Hujan lebat dan angin kencang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara termasuk Lembah Klang pada hari ini.

Menurut Astro Awani menerusi tinjauan mereka di Twitter mendapati pengguna mendakwa hujan lebat dipercayai berlaku disusuli dengan guruh dan menyebabkan kawasan rumah terjejas sehingga bumbung tercabut.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang. Ia melibatkan beberapa kawasan dan berkemungkinan berterusan sehingga pukul 10 malam ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Beberapa negeri yang lain turut terlibat

Antara kawasan yang disenaraikan oleh MetMalaysia ialah Kemaman (Terengganu). Bentong (Pahang), Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang di Selangor.

Sementara itu, amaran itu turut melibatkan Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Beberapa negeri lain yang terlibat ialah Negeri Sembilan yang melibatkan kawasan di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau serta Tampin.

Selain itu di Melaka, kawasan yang terlibat ialah daerah Jasin, manakala di Johor pula melibatkan tiga kawasan iaitu di Tangkak, Segamat dan Muar.

Amaran tersebut turut dikeluarkan di negeri Sarawak yang melibatkan tujuh daerah iaitu Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, dan Limbang.

Di Sabah pula daerah yang terlibat ialah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Ranau, Sandakan, Tongod, Telupid, Beluran dan Kudat.

Sumber: Astro Awani

The post Angin Kencang & Ribut Petir Dijangka Badai Beberapa Tempat Termasuk Lembah Klang Sehingga 10 Malam Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*