Haiwan Mana Yang Dapat Kenali Wajah Sendiri Bila Tengok Cermin?

haiwan tengok cermin

Haiwan Mana Yang Dapat Kenali Wajah Sendiri Bila Tengok Cermin?

Kalau nak tahu, manusia adalah satu-satunya spesies yang boleh mengenal pasti pantulan diri apabila melihat cermin.

Pernah terfikir tak selain daripada manusia, adakah haiwan juga dapat melihat pantulan diri sendiri ketika melihat cermin?

Umum mengetahui, pemandangan mata haiwan ini agak berbeza dengan manusia, daripada cara ia melihat sesuatu itu agak berlainan, namun adakah binatang tersebut tahu bagaimana rupa bentuknya?

Bagi mencari jawapan tersebut, para saintis telah melakukan satu ujian pengecaman cermin terhadap pelbagai spesies haiwan bermula dengan penyelidikan ke atas cimpanzi.

Jadi haiwan apa yang telah lulus ujian?

Setelah dijalankan ujian penyelidikan, secara umum haiwan seperti semut, pari manta dan burung nuri kelabu Afrika mempunyai tanda-tanda kesedaran dapat mengenali diri sendiri apabila melihat cermin namun sesetengah haiwan tidak berjaya mengenali pantulan sendiri.

Segelintir kecil menyedari bahawa binatang tersebut melihat diri sendiri dan bagaimanapun segelintir yang lain tidak mengecam pantulannya.

Ada juga beberapa haiwan yang bertindak menunjukkan tingkah laku aneh apabila cermin disuakan kepadanya.

Semestinya keputusan bercampur baur itu telah menyebabkan penyelidik membahaskan kegunaan ujian dan bagaimana ia membantu pakar memahami kognisi haiwan.

Menurut pakar, rata-rata haiwan yang dijalankan ujian ke atasnya tidak lulus dengan penyelidikan itu.

Sebagai contoh, monyet capuchin yang sememangnya gagal mengenali diri sendiri ketika melihat pantulan cermin.

BACA: Kenapa Lalat Sukar Ditangkap?

Cimpanzi, beruk, gajah dan lain-lain

Menerusi eksperimen yang dijalankan ke atas cimpanzi pada tahun 1970, binatang tersebut mula menunjukkan tanda-tanda dapat mengenali diri dalam pantulan.

Empat cimpanzi telah dibius dan ditanda dengan pewarna merah pada muka dan apabila ia sedar, binatang tersebut memeriksa kawasan muka yang telah ditanda di cermin.

Ia mempamerkan pemahaman bahawa binatang-binatang tersebut sedang melihat diri sendiri.

Ujian tanda muka telah dianggap sebagai bukti paling muktamad tentang kesedaran diri haiwan terhadap pantulan di cermin.

Selain cimpanzi, beruk dan orang utan juga mengenali diri sendiri selain dapat mengenal pasti tanda yang ada pada badan, menerusi kajian yang dijalankan pada 1973.

Kredit: Animal Cognition

Tidak dilupakan juga, bonobo yang dilihat sering memerhati dan memeriksa kawasan badan yang hanya dapat dilihat menggunakan cermin.

Bagaimanapun, pakar menyifatkan monyet melihat pantulannya sebagai haiwan yang lain. Perkara tersebut telah dikaji di mana sesetengah spesies boleh mengenal pasti diri mengikut latihan yang meluas.

Kredit: Animal Cognition

Haiwan seterusnya yang dapat mengenali diri sendiri ialah gajah yang ada di Zoo Bronx, New York, ikan lumba-lumba dan juga burung murai eurasia.

Binatang-binatang tersebut dapat mengenali diri sendiri selepas ia menggunakan cermin untuk memeriksa badan sendiri.

Eksperimen kemudiannya berterusan sehingga 2022 dan pada tahun lepas penguin mula menunjukkan kesedaran tentang pantulannya di cermin.

Tidak semua haiwan mampu mengenali diri sendiri dan kalau perasan burung nuri yang bijak juga tidak dapat mengecam dirinya.

Dari sini kita tahu, tak semua haiwan dapat mengecam dirinya sendiri dan hanya sesetengah sahaja yang pandai melihat pantulan di cermin.

Sumber: Live Science

The post Haiwan Mana Yang Dapat Kenali Wajah Sendiri Bila Tengok Cermin? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*