RM1 Juta Bakul Rahmah Untuk Golongan Yang Memerlukan

KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2023 – KPDN telah melancarkan Inisiatif Bakul RAHMAH melalui Program Payung RAHMAH yang telah diperkenalkan oleh Kementerian pada awal tahun ini bagi membantu kumpulan miskin tegar B10 (pendapatan kurang daripada RM2,500) dalam mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan ini.

Kementerian menggerakkan Inisiatif Bakul RAHMAH ini dengan kerjasama bersama Rakan Strategik, Pemain Industri (pasar raya), Agensi Kerajaan, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Pada hari ini, pihak 99 Speedmart telah berbesar hati untuk menyumbangkan sejumlah RM1 Juta bersamaan dengan 20,000 Bakul RAHMAH berupa keperluan asas yang akan diagihkan kepada golongan sasar di seluruh negara secara berperingkat.

Pengagihan Bakul RAHMAH ini akan dilaksanakan bersama Rakan Strategik Utama Kementerian, Yayasan RAHMAH Malaysia. KPDN amat berbesar hati untuk menerima sumbangan berbentuk makanan harian daripada semua pihak untuk diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah dengan lebih berkesan, konsisten dan bersasar.

Untuk pengetahuan, sebanyak 12,000 Bakul RAHMAH telahpun diagihkan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan. Sehingga kini, Inisiatif Bakul RAHMAH telah berjaya memanfaatkan seramai lebih daripada 34,000 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Kerjasama ini telah dijalankan secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama Rakan Strategik Kementerian yang sentiasa menyokong inisiatif Kementerian dari masa ke masa.

Kementerian berhadap lebih ramai pihak industri, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat, dermawan dan orang perseorangan dapat bersama Kementerian dalam menggembleng tenaga dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar dan seterusnya menjayakan Inisiatif Bakul RAHMAH ini.

Kementerian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang giat aktif membantu Kementerian dalam membantu golongan sasar. KPDN juga amat mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat, organisasi-organisasi dan orang perseorangan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Program Food Bank Malaysia di talian hotline 03-88825860/6960 atau melalui emel kepada sekretariatfoodbank@kpdn.gov.my.

The post RM1 Juta Bakul Rahmah Untuk Golongan Yang Memerlukan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*