Haiwan Telinga Mickey Mouse, Pemilik Tergamak Lakukan Pembedahan Kosmetik

Haiwan Telinga Mickey Mouse, Pemilik Tergamak Lakukan Pembedahan Kosmetik

Satu trend yang melibatkan haiwan perliharaan telah menimbulkan kebimbangan terhadap rakyat di China kerana trend itu bertujuan untuk menukarkan telinga haiwan perliharaan kepada telinga karakter Mickey Mouse melalui pembedahan kosmetik.

Pakar haiwan telah mengarahkan kegiatan itu untuk dihentikan kerana ia akan memberikan kesakitan fizikal dan menimbulkan tekanan psikologi kepada haiwan tersebut.

Perkara ini telah tular di China apabila sebuah klinik haiwan mempromosikan pembelian berkumpulan Mickey Ears yang telah menarik perhatian orang ramai.

Menurut promosi yang dikeluarkan, ia menawarkan tawaran istimewa sebanyak 300 yuan (RM195.90) pembedahan yang akan dilakukan oleh Festival Musim Bunga China dan ia bergantung kepada ‘jadual pengeluaran kilang’ mereka.

Menurut Liu Yundong yang merupakan seorang dekan di Pusat Perubatan Haiwan Perliharaan Loving Care di Beijing, prosedur itu mempunyai dua bahagian.

Menurutnya, prosedur itu dimulakan dengan proses pembuangan melalui pembedahan di mana anestetik digunakan dan mengambil masa setengah jam.

Kemudian, ia diteruskan pula dengan proses penggayaan untuk memastikan telinga haiwan itu kekal tegak.

Proses kedua itu akan mengambil masa yang lebih lama, kira-kira 20 hingga 60 hari bagi memastikan telinga haiwan itu akan kekal tegak selamanya.

Menurutnya lagi, tiada larangan untuk melakukan pembedahan itu, tetapi kebanyakan hospital haiwan yang terkenal tidak akan melakukannya.

“Pembedahan ini jarang dilakukan di hospital haiwan di bandar kelas pertama, tetapi ia sering dilakukan kandang anjing dan pusat pembiakan haiwan,”

“Setakat ini, tiada undang-undang yang melarang pembedahan itu di China. Ia merupakan isu moral,” kata Liu Yundong.

Selain itu, dia turut mengatakan bahawa, “Sebagai doktor haiwan, kami memegang prinsip mengenai kebajikan haiwan dan kami tidak menyokong perbuatan ini. Rakan sekerja yang saya temui juga menentang pembedahan ini dilakukan,”

Dia turut menegaskan bahawa pembedahan itu akan memberikan kesan buruk kepada haiwan termasuklah daripada segi fizikal dan psikologi yang mungkin berpunca daripada bius yang digunakan.

Bahaya Pembedahan Kosmetik Kepada Haiwan

Seorang doktor haiwan dari Hospital Haiwan Shenzhen Lianhe, Chen Yong, memberi amaran bahawa pembedahan itu mungkin akan menyebabkan haiwan mencederakan diri sendiri.

“Merosakkan struktur semula jadi telinga haiwan boleh mengakibatkan masalah psikogenik untuk sesetengah haiwan.

“Sebagai contoh, haiwan yang sensitif akan menggaru berulang kali kerana rasa sakit yang teramat,” kata Chen Yong.

Selain daripada pakar haiwan yang melarang perbuatan ini, trend ini juga mendapat kecaman yang daripada warga maya di China.

“Potong telinga, potong ekor, pemilik haiwan ini tidak betul ke? Dari mana datangnya permintaan ini di pasaran?” soal salah seorang warga maya.

“Jika mereka fikir telinga itu comel. Apa kata mereka cuba potong telinga sendiri macam telinga itu,” ujar seorang lagi pengguna.

“Ini adalah penderaan haiwan, bukannya kasih sayang,” kata pengguna yang lain.

Sumber: South China Morning Post

BACA JUGA: Bekas Profesor Jual Sayur Nak Sara Hidup

The post Haiwan Telinga Mickey Mouse, Pemilik Tergamak Lakukan Pembedahan Kosmetik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*