MPK Kini Dikenali Sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang

MPK Kini Dikenali Sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang

KUALA LUMPUR — Majlis Perbandaran Klang (MPK) secara rasminya diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) hari ini, lapor Astro Awani.

Pengisytiharan itu telah diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis pagi tadi.

Untuk pengetahuan, ia merupakan satu-satunya daerah yang mendapat status ‘Diraja’ dalam negara ini.

Dalam majlis yang berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, Klang itu, baginda menitahkan Yang dipertua Majlis Perbandaran Klang hendaklah ditafsirkan sebagai Datuk Bandar MBDK.

Manakala Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Klang hendaklah ditafsirkan sebagai Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Dalam pada itu, Datin Paduka Noraini Roslan telah dilantik sebagai Datuk Bandar MBDK.

“Beta, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, dengan ini mengisytiharkan dan menetapkan bahawa Majlis Perbandaran Klang bermula 23 November 2023, akan menjadi sebuah Bandar Raya Diraja buat selama-lamanya dan hendaklah disebut sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang.

“Oleh yang demikian, gelaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, hendaklah ditafsirkan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang manakala Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Klang, hendaklah ditafsirkan sebagai Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang,” titah baginda.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri antara individu yang turut hadir dalam majlis penuh bersejarah itu.

BACA: Keputusan Pengurangan Hukuman Najib: PM Anwar Mahu Kritikan, Kecaman Dihentikan

Sejarah Klang Diisytihar Bandar Raya

Imbas kembali, Majlis Perbandaran Klang telah dinaik taraf dan diumumkan sebagai sebuah bandar raya oleh Kerajaan Persekutuan pada Julai tahun lalu.

Pengumuman itu menjadikan PBT Klang sebagai bandar raya ke-20 yang memperolehi status berkenaan.

Sehubungan itu, sebanyak RM34.6 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi menambah baik kemudahan awam di kawasan tersebut.

Peruntukan itu meliputi kemudahan awam seperti pasar, tandas awam dan laluan pejalan kaki.

Sumber: Astro Awani

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

The post MPK Kini Dikenali Sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*