Hakim Baharu Dengar Kes Pengubahan Wang Haram Dan Pengelakan Cukai Rosmah

hakim baharu kes wang haram rosmah

Hakim Baharu Dengar Kes Pengubahan Wang Haram Dan Pengelakan Cukai Rosmah

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi didengar hakim baharu hari ini.

Kes itu didengar Hakim K.Muniandy, menggantikan hakim Mohamed Zaini Mazlan yang dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Semasa prosiding pengurusan kes hari ini, peguam Datuk Geethan Ram Vincent memberitahu mahkamah bahawa pihaknya menarik balik permohonan untuk menggugurkan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengendalikan kes itu, setelah bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu meninggal dunia pada akhir Januari lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn tidak membantah dan mahkamah membatalkan permohonan tersebut.

Sebelum ini mahkamah menetapkan 15 hari bermula 12 Mei ini untuk mendengar perbicaraan kes itu.

Mahkamah diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut.

Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

BACA: Sempena Ramadan, Ini Cara Tambah Kalendar Hijrah Di Iphone

Sumber: Bernama

The post Hakim Baharu Dengar Kes Pengubahan Wang Haram Dan Pengelakan Cukai Rosmah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*