Hanya Ada RM31 Dalam Bank, The Rock Buat Kejutan Hadiahkan Rumah Untuk Peninju UFC

the rock rumah themba gorimbo

Hanya Ada RM31 Dalam Bank, The Rock Buat Kejutan Hadiahkan Rumah Untuk Peninju UFC

Pelakon dan bekas ahli gusti profesional World Wrestling Entertainment (WWE), The Rock menghadiahkan sebuah rumah kepada peninju Ultimate Fighting Championship (UFC), Themba Gorimbo baru-baru ini.

Menurut The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson, dia tersentuh dengan satu tangkap layar peninju itu di Twitter pada awal tahun ini.

Dalam tangkapan layar tersebut mendedahkan bahawa Themba hanya mempunyai $7 (RM31) dalam akaun banknya.

Tambah The Rock, perkara tersebut tak ubah seperti dirinya yang mempunyai $7 (RM31) dalam poketnya selepas dibuang daripada Liga Bola Sepak Kanada pada 1995 dan terpaksa berpindah rumah.

Susulan itu, pelakon Hollywood itu telah terbang ke Miami untuk bertemu dengan peninju UFC terbabit. Pertemuan mereka itu turut dikongsikan oleh The Rock menerusi saluran YouTube miliknya.

Dalam klip tersebut mendedahkan Themba terkejut, memeluk dan bersalaman  dengan The Rock sejurus melihat pelakon berusia 51 tahun itu berada di depan matanya.

BACA JUGA: Anak Gadis The Rock Ikut Jejak Langkah Ayah, Bakal Sertai WWE

Sementara itu, The Rock juga berkongsi momen tersebut di akaun Instagram rasmi miliknya.

“Selamat pulang ke rumah @thembagorimbo_mma. Harap awak dan keluarga dapat menikmati hidup di rumah ini.

“Teruskan menjaga keluarga awak dan saya berbesar hati untuk memberikan bantuan kecil ini.

“Saya juga pernah melalui detik-detik tersebut. Saya sentiasa di belakang awak.

“Impian seterusnya adalah untuk melihat awak menjadi juara @ufc suatu hari nanti,” katanya di media sosial tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dwayne Johnson (@therock)

Themba Gorimbo

Menurut Daily Mail, Themba sebelum ini hanya tidur di sebuah gimnasium di Miami ekoran hanya memiliki wang berjumlah $7.

Selepas memenangi pertarungan dalam UFC baru-baru ini, dia telah menjual peralatannya dan meraih $7,000.

Walau bagaimanapun, dia lebih memilih untuk menggunakan wang tersebut untuk membina pam air di kampungnya di Zimbabwe bagi penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih berbanding membelanjakannya untuk diri sendiri.

Untuk klip penuh, boleh tonton di bawah.

Sumber: Saluran YouTube The Rock, Instagram The Rock, Daily Mail

The post Hanya Ada RM31 Dalam Bank, The Rock Buat Kejutan Hadiahkan Rumah Untuk Peninju UFC appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*