Orang Awam Tunjuk ‘Bukti’ Paras Air Laut Meningkat Di Jakarta

Orang Awam Tunjuk ‘Bukti’ Paras Air Laut Meningkat Di Jakarta

Seperti yang anda tahu, Indonesia bakal menukarkan ibu negaranya dari Jakarta ke Kalimantan. Hal ini kerana Jakarta dikatakan bakal tenggelam dalam masa beberapa tahun.

Punca utama yang menyebabkan wilayah itu mempunyai risiko tenggelam adalah kerana beberapa faktor seperti penurunan tanah serta perubahan iklim.

Tahun demi tahun, paras air laut di Jakarta sudah semakin meningkat dan ia mungkin membahayakan nayawa penduduk di sana.

Baru-baru ini, sebuah video yang dikongsikan di platform TikTok oleh pengguna Noname telah menunjukkan keadaan terkini paras air laut di satu lokasi di Jakarta.

Melalui video tersebut, jelas kelihatan paras air laut di pantai dalam wilayah itu sudah hampir melepasi tembok yang dibina di persisiran pantai.

“Jakarta akan tenggelam dengan lebih cepat,” katanya dalam video tersebut.

Dia sempat menjelaskan bahawa tanah di Jakarta sudah menurun sebanyak 12 hingga 18 sentimeter setahun.

Keadaan itu terbukti apabila tembok besar yang dibina untuk menghalang banjir daripada berlaku telah dilimpahi air laut yang ditolak dengan ombak yang kuat.

“Pembinaan Giant Sea Wall di Jakarta untuk menghalang banjir masih diteruskan sejak ia dimulakan pada tahun 2014,” tambahnya lagi.

Namun, menerusi video itu juga, dapat dilihat bahawa ombak yang kuat boleh membuatkan air laut mampu melepasi tembok yang dibina tersebut.

Sebelum ini, ada yang telah meramalkan bahawa Jakarta bakal tenggelam menjelang tahun 2050, tetapi melalui video yang dikongsikan itu, Jakarta mungkin akan tenggelam dalam masa yang lebih cepat.

Penurunan tanah yang dinyatakan serta kenaikan paras air laut merupakan antara faktor utama yang membawa kepada Jakarta untuk menjadikan ia sebagai bandar paling cepat tenggelam di dunia.

@noname_0936

Sisi jakarta #jakartaupdate #foryou #jakartainfo

♬ suara asli – Noname – Noname

Sumber: noname via TikTok

BACA JUGA: Gunung Merapi ‘Muntah’ Hujan Abu

The post Orang Awam Tunjuk ‘Bukti’ Paras Air Laut Meningkat Di Jakarta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*