Hanya Dua Jam Perjalanan, Ini Tempat Menarik Di Fraser’s Hill Yang Anda Boleh Lawat

tempat menarik fraser's hill

Hanya Dua Jam Perjalanan, Ini Tempat Menarik Di Fraser’s Hill Yang Anda Boleh Lawat

Bukit Fraser atau lebih dikenali Fraser’s Hill merupakan kawasan pelancongan tanah tinggi yang terletak di Banjaran Titiwangsa. Kalau nak tahu, nama Fraser ini diberikan sempena dengan perintisnya dari Scotland, James Fraser.

Fraser’s Hill juga adalah tempat yang sesuai untuk berehat bersama rakan dan keluarga sekiranya ingin lari daripada kesibukan bandar yang penuh dengan pencemaran bunyi.

Tempat ini juga terkenal dengan aktiviti alam semula jadi dan mempunyai iklim yang menyejukkan. Sebelum ini, kalau nak rasa sejuk seperti luar negara, ramai yang memilih untuk pergi ke Cameron Highlands.

Sebenarnya, dekat Fraser’s Hill ini juga, orang ramai boleh merasai angin yang sejuk. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fraser’s Hill, ikuti perkongsian yang dibuat oleh @TarmiziAnuwar di Twitter.

Selepas ini, boleh masukkan Bukit Fraser ke dalam senarai tempat pelancongan anda!

Apa tempat menarik kalau nak bercuti atau short vacation?

Aku cadang Fraser’s Hill.

Bagi aku Fraser’s Hill sangat selesa untuk bercuti dan rehat. Sejuk macam Cameron Highlands tapi tidak perlu bersesak-sesak.

Dekat sini penuh dengan tempat sejarah, apartment, tapak perkhemahan, glamping atau banglo. Boleh pilih berdasarkan bajet dan sesuai untuk keluarga dan kawan-kawan.

Kredit: @TarmiziAnuwar/Twitter

Fraser’s Hill pertama kali dijumpa pada akhir 1890, bila L. J Fraser mendaki ke puncak ikut denai tapak kaki keldai.

Tapi 1899-1906, bukit ni diberikan kpd Abu Suradi untuk pajakan bijih timah. 1906 bijih timah pun habis.

Kredit: @TarmiziAnuwar/Twitter

1917, seorang Bishop dari Singapore datang bercuti dan dia rasa tempat ni sesuai untuk orang-orang Eropah yang ingin suasana sejuk berehat.

Ogos 1919 diwartakan. Oktober 1919 sehingga Disember 1921 pembinaan jalan dilakukan. Selepas siap pada Disember 2021 secara rasmi dinamakan Fraser’ Hill.

Kredit: @TarmiziAnuwar/Twitter

Tempat menarik Fraser’s Hill

1. Bird Interpretive Center Fraser’s Hill – dekat sini korang boleh tengok spesis burung yang ada sambil-sambil belajar sains sikit macam pembiakan dan anatomi. Aku rasa bagus untuk anak-anak.

Rupanya sini juga adalah tempat untuk pemerhatian burung. Lebih kurang ada dalam 270 spesis burung tempatan dan yang bermigrasi.

Kredit: @TarmiziAnuwar/Twitter
Kredit: @TarmiziAnuwar/Twitter

2. Menara jam – sini memang cantik la kalau tangkap gambar. Jam ni ikon Fraser’s Hill. Selepas tu, pepagi berkabus memang rugi kalau tak tangkap gambar.

Area berdekatan ada pondok telefon lama, memang klasik. Sebelah tu pula ada orang jual makanan tepi jalan. Aku cuba sosej bakar dia, memang padu la. Murah pun murah.

Kredit: @TarmiziAnuwar/Twitter
Kredit: @TarmiziAnuwar/Twitter

3. Pejabat Pos Malaysia – Betul-betul terletak di sebelah menara jam. Dibina sekitar 1923 oleh pihak British mengikut reka bentuk bangunan British. Bangunan ini merupakan bangunan asal dan masih beroperasi.

Kredit: @TarmiziAnuwar/Twitter

BACA: Trip Bajet, Modal Cuma RM1,624 Dapat Melancong Di Switzerland 4H3M

4. Glasshouse – kalau korang nak minum kopi ke teh ke ala-ala dekat luar negara. Boleh la datang ke sini. Selain tu, ada juga jual pokok kaktus kalau nak beli buat cenderahati. Bolehlah nak bebuat healing.

Kredit: @TarmiziAnuwar/Twitter

5. Allan’s Water – dulu sini tempat empangan masa zaman British. Tapi sekarang dah jadi tempat rekreasi. Dekat sini boleh main kayuh bot dan bagi makan dekat ikan.

Kayuh bot RM8 untuk 15 minit. Boleh naik 2 orang. Pastu makanan ikan RM2/bungkus. Ikan-ikan dalam tu memang besar dan ada banyak jenis.

Kredit: @TarmiziAnuwar/Twitter

6. Paddock Fraser Hill – dekat sini boleh naik kuda. RM10 untuk satu pusingan. Sekali naik boleh naik sorang atau dua orang

Cuma bayi bawah satu 1 tahun tak digalakkan. So, aku pun tak naik tapi diorg offer untuk tangkap gambar percuma. Pekerja diorang sangat mesra dan tak sombong.

7. Kelab Golf Diraja Bukit Fraser – padang golf tertua dan pertama di Malaysia. Tidak terlalu besar hanya dengan 9 lubang. Tapi puas hati dengan pemandangan hutan yang menenangkan dan hijau.

Kredit: @TarmiziAnuwar/Twitter

8. Pine Tree Trail – last sekali kalau siapa minat trekking ni memang tempat yang sesuai. Dibina oleh British untuk sampai ke puncak bagi melihat pemandangan yg cantik. Jarak sejauh 5.5 km dan memerlukan sekitar 7-8 untuk pergi dan balik.

Kredit: @TarmiziAnuwar/Twitter

Sumber: @TarmiziAnuwar/Twitter, Pahang Tourism

The post Hanya Dua Jam Perjalanan, Ini Tempat Menarik Di Fraser’s Hill Yang Anda Boleh Lawat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*