Tangan Lelaki Lepuh Sebesar Buah Oren Lepas Sentuh Tumbuhan Berbahaya

lepuh buah oren

Tangan Lelaki Lepuh Sebesar Buah Oren Lepas Sentuh Tumbuhan Berbahaya

Seorang remaja di Britain mengalami lepuh sebesar buah oren pada tangannya selepas tersentuh tumbuhan yang dianggap paling berbahaya di negara itu, lapor Daily Mail.

Ross McPherson berkata kejadian berlaku semasa dia melepasi pokok hogweed gergasi semasa berbasikal berhampiran rumahnya di bandar Dunbar, Scotland.

Beberapa jam kemudian, dia menyedari tangannya menjadi merah dan tidak lama kemudian ia menjadi lepuh yang menyakitkan sehingga memerlukan rawatan di hospital.

Lepuh itu kemudiannya terpaksa dibuang tanpa dibius menyebabkan remaja berusia 16 tahun itu mengalami kesakitan yang teramat sangat sehingga dia pengsan.

“Apabila saya mula-mula perasan, tangan saya hanya merah dan rasa sedikit sakit.

“Kulit saya membengkak di sekeliling tangan, ia terasa hangat dan menyakitkan.

“Ia memberi kesan kepada kehidupan seharian di mana saya tidak boleh memakai pakaian kerana saya tidak boleh menggunakan tangan kiri saya,” katanya.

Ross menerima rawatan di Infirmari Diraja Edinburgh selepas mengunjungi jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) kerana mengalami campuran melecur tahap dua dan tiga.

“Lepuh itu sakit sangat, saya pengsan kerana tidak dapat menahan kesakitan.

“Lepuh itu terlihat seperti buah oren di mana ukurannya ialah tujuh sentimeter dan ia sangat berat, saya dapat merasakannya,” kata Ross lagi.

Jadi lebih teruk jika terdedah pada cahaya matahari

Kredit: Daily Mail
Kredit: Daily Mail

Getah hogweed gergasi menghalang kulit melindungi dirinya daripada sinaran matahari, yang membawa kepada luka seperti terbakar apabila terdedah kepada cahaya semula jadi.

Namun apa yang menjadikannya begitu berbahaya ialah ia biasanya tidak menyebabkan kesakitan serta merta.

Oleh sebab itu mangsa bebas untuk terdedah kepada matahari.

Pun begitu, ia hanya memerlukan hanya sedikit pendedahan matahari sebelum ia melepuh menjadi sebesar buah oren.

Kesan daripada kejadian itu, Ross perlu sentiasa menjaga tangannya.

Hal ini kerana bahagian kulit itu akan menjadi sensitif buat jangka masa yang panjang.

Remaja itu juga berkemungkinan perlu memakai sarung tangan pada musim sejuk bagi menghindari daripada berlaku sesuatu yang buruk.

Hogweed gergasi yang berasal dari Caucasus telah diperkenalkan ke Britain sebagai tumbuhan hiasan pada tahun 1817.

Difahamkan juga, penyebaran tumbuhan itu pada ketika ini tidak terkawal.

Tumbuhan itu dikatakan tumbuhan paling berbahaya di Britain, menurut Mike Duddy, Mersey Basin Rivers Trust.

Sekiranya terdedah kepada tumbuhan itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mencuci kawasan yang bersentuhan itu dengan teliti.

Elakkan untuk terdedah daripada cahaya matahari selama beberapa hari.

Sumber: Daily Mail

BACA: Guna Bahan ‘Rahsia’, Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Goreng Air Tangan Mertua

The post Tangan Lelaki Lepuh Sebesar Buah Oren Lepas Sentuh Tumbuhan Berbahaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*